Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Thursday, June 20, 2013

47% anak muda dalam keberhutangan serius


sumber : pakdi.net/

Tuesday, June 18, 2013

Sijil Agensi Harta Tanah - INSPEN

Assalamua'laikum..

Kepada anda yg berminat untuk menjadi seorang ejen harta tanah yg mana berpeluang meraih pendapatan mencecah ribuan RM anda boleh lah mendaftarkan diri bagi PROGRAM SIJIL AGENSI HARTA TANAH yang dijalankan oleh INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN).


 Apa bestnya kerjaya sebagai ejen harta tanah?
1. Pendapatan tiada batasan mengikut usaha anda.
2. Bebas menguruskan masa anda sendiri
3. Berpeluang untuk menubuhkan syarikat ejen hartanah anda sendiri (setelah mendapat tauliah sebagai Ejen Hartanah Berdaftar oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH)
4. Berpeluang menjana pendapatan dari sumber pelaburan hartanah
dan banyak lagi..

 
sebagai contoh komisen jualan hartanah adalah sehingga 3% dari harga jualan..
katakan anda menjual sebuah rumah teres 2 tingkat RM500k (lembah klang purata teres 2 tingkat adalah sekitar RM500k).
maka komisen dari transaksi ini = RM15,000/-
selepas ditolak dengan bahagian Syarikat (agensi dimana anda bernaung) katakan 50%. Maka anda akan mendapat pendapatan / komisen anda pada bulan itu = RM7,500/-
wow banyakkan?
Itu baru sebuah rumah.. belum termasuk sewaan hartanah dan lain2..



Program lain yg juga turut dijalankan adalah Sijil Penilaian Harta Tanah (SPHT), Sijil Pengurusan Harta Tanah (SPGT) dan Sijil Agensi Harta Tanah (CEA) (separuh masa & sepenuh masa).

Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi INSPEN iaitu www.inspen.gov.my bermula Mei 2013 hingga September 2013.
facebook.com/InspenJpph





Prinsip MESTI ?

Assamua'laikum..

Secara jujurnya saya berkongsi didalam blog ini berkenaan hartanah adalah semata-mata ingin membantu rakan2 atau ahli keluarga utk bangun dan get involved dalam salah 1 instrumen pelaburan yang memberikan pulangan yang baik serta selamat..

Cukup2 lah kita ditipu oleh skim2 pelaburan yang "Too good Too Be True" yg memberikan jaminan pulangan yang sangat menguntungkan... akhirnya habis semua wang modal hangus dan lebih menyedihkan hutang pula bertambah...


Saya lebih gemar bidang pelaburan hartanah memandangkan saya belajar dlm bidang ini dan sepengetahuan saya bidang ini telah terbukti melahirkan ramai jutawan.

Kata sifu aku "Kebanyakkan orang kaya terlibat dgn Hartanah"

KENAPA IBU BAPA KITA (GENERASI SANDWICH HARI INI) TIDAK BELI RUMAH KAT BANGSAR DULU ? MURAH JER KAN ? TAPI SAYANG .. RAMAI IBU BAPA HARI INI BUAT KESILAPAN YANG SAMA DENGAN IBU BAPA MEREKA DAHULU.
NOTA : RUMAH TERES SATU TINGKAT DI BANGSAR PADA TAHUN 1971 BERHARGA SEKITAR RM18,000 YANG MANA HARI INI NILAINYA MELEBIHI RM1 JUTA.
JANGAN SENANTIASA MEMBERI ALASAN.. Bertindak segera

Sumber gambar : facebook.com/urusinsan



Namun xramai yg berminat..  sebab tidak mahu komitmen atau menanggung beban hutang (membeli rumah).. walaupun pada hakikatnya ianya kategori "good debt" dan jika hartanah itu disewakan ia mampu untuk mengurangkan beban hutang..





Sebenarnya kita kekurangan ilmu / jahil berkenaan aspek pengurusan kewangan / pelaburan / ekonomi etc.. Jika tidak masakan kita masih mempunyai masalah kewangan hatta bergaji RM10k sekalipun?


Jadi saya sangat menyarankan kepada kalian agar rendahkan sikap keegoan yg ada dlm diri bagi berjumpa dgn mereka yg pakar dan belajar berkenaan pengurusan kewangan / pelaburan dan lain2 yg membantu meningkatkan ekonomi / pendapatan bulanan kita.



Sifu saya selalu tekankan prinsip M.E.S.T.I Untuk berjaya!
apa itu prinsip MESTI?

M - Mentor : dalam dunia ni jika kita ingin berjaya dgn pantas, jalan short cut nya adalah kita mesti berguru / mempunyai mentor. Kerana mereka telah melalui suka duka terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan. Maka dengan pengalaman mereka ini kita gunakan dan tiru agar kita tidak mengulangi kesilapan2 bagi mencapai kejaayan.
p/s : salah 1 cara untuk mendapatkan / mendampingi org yg berjaya.. melalui laman sosial facebook =)
Banyak mentor2 ini sudi berkongsi beberapa tip2 yg membantu kita. Ambil lah inisiatif utk mencari dan request friend dgn mereka.. bergurulah dengan mereka.
Juga untuk berjaya mestilah mempunyai Matlamat yg jelas baru lah perancangan ke arahnya boleh dibuat. =)



E - Emosi + Ilmu : Emosi merujuk kepada semangat / perasaan yg kuat utk berjaya. perasaan ini penting utk menjana tindakan / usaha bagi memulakan perjalanan menuju kejayaan. Ditambah dengan ilmu yg mantap dlm bidang yg diterokai.. Ilmu hendaklah dituntut bukannya datang bergolek.. kita hendaklah berusaha mendapatkannya.. antaranya melalui seminar, kelas2, bacaan dan lain2. Dengan adanya ilmu, in shaa allah perjalanan menuju kejayaan semakin jelas dan mudah. melabur lah masa / wang / tenaga bagi mendapatkan ilmu / mendampingi mentor atau org yg sudah berjaya.
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah. 
“Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)


S - Sistem : untuk mencapai kejaayan / sampai ke destinasi yg kita impikan / matlamat. Kita memerlukan suatu sistem yg telah terbukti berkesan / berjaya. sistem2 ini kita boleh dapatkan dari mentor atau dari sumber lain2.. 

T - Tindakan : the power of action, klw kita ada ilmu ada segalanya tapi tiada tindakan maka kita xkan kemana2. Jadi kuasa tindakan hendaklah kuat.. ia nya boleh dijana oleh emosi yg kuat untuk berjaya / matlamat yg jelas ke mana arah destinasi yg ingin dicapai..

I - Istiqomah : Akhirnya kita hendaklah meneruskan perjalanan walaupun pelbagai dugaan melanda.. apabila matlamat telah di tetapkan kita teruskan berjalan.. buat lah suatu perkara itu berterusan walaupun sedikit..
Istiqomah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamoh dengan berkata:
“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

Info berkenaan Central Credit Reference Information System (atau nama glamernya CCRIS).

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Harini saya plan nak berkongsi sket info berkenaan Central Credit Reference Information System (atau nama glamernya CCRIS)...rasa-rasanya masih ramai lagi pengguna di luar sana yang masih tidak jelas tentang apa itu CCRIS dan kaitan benda alah nie dalam kehidupan kita..

CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan. Secara ringkasnya jika anda pernah membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara hatta beli TV melalui Aeon Credit sekalipon, maka nama anda tersenarai dalam CCRIS..memang tak buleh nak elak ye...

Jadi apa kaitan data yang tersimpan dalam CCRIS nie dengan kehidupan kita? Sebagai contoh pada tahun 2010 anda telah membeli sebuah rumah...dan memandangkan ada rezeki lebih pada tahun 2013 anda bercadang ingin membeli sebuah kereta pula..jadi setelah permohonan pinjaman dihantar ke bank untuk diproses..pihak bank akan menyemak rekod bayaran rumah anda selama 12 bulan terdahulu bagi mengenalpasti samada anda merupakan seorang pembayar hutang yang bagus atau tidak

Jika rekod bayaran anda seperti dalam gambar, maka peratus untuk lulus pinjaman kereta tu memang sangat-sangat tipis..sebab jika ada tunggakan 3 bulan selama 3 bulan berturut-turut (rujuk Jun, Mei & April)..system bank secara automatik akan reject permohonan loan anda kecuali anda sertakan dokumen sokongan seperti seorang penjamin yang mempunyai rekod yang bagus atau Margin of Finance, MOF yang rendah..

Tapi ada yang bertanya..kalau saya pernah tertunggak bayaran pinjaman selama 3 bulan berturut2 dan saya tiada penjamin dan saya nak beli kereta secara FULL LOAN..apa yang perlu saya buat? Jawapannya tidak lain ialah anda perlu memperbaiki rekod pinjaman anda terlebih terdahulu sehingga tidak kelihatan dalam CCRIS. Sebagai contoh jika individu dlm gambar nie ingin membuat pinjaman kenderaan, dia perlu menunggu sekurang2nya sehingga bulan Mei 2013..

Rekod CCRIS nie anda boleh perolehi secara percuma di mana-mana cawangan Bank Negara yang berhampiran.



 Sumber : Kamal Auto Consultant

Thursday, June 13, 2013

Pinjaman rumah ke 3 seratus peratus?

assalamua'laikum w.b.t

Sape nk taw macam mana nak mendapatkan 100% pinjaman perumahan bagi pembelian hartanah untuk rumah ke-3. Kalau bayar cash xde masalah yee..
ni aku share salah satu kaedah untuk dapatkan 100% pinjaman. Namanya mark-up harga =).
Kaedah ini juga aku biasa gunakan.

Moga Allah merahmati kalian

p/s : kalau salah tolong tegur ye.. khairulnawawi@gmail.com
       Doakan keberkatan dan rahmat keatas saya dan keluarga


STRATEGI BELI HARTANAH BAGI 70% MARGIN LOAN

Bismillah..
assalamua'laikum w.b.t

Hari ni aku nak share 1 strategi yang aku guna dan mungkin korg boleh cuba praktikkan. Strategi ni nampak mudah tapi in shaa allah membantu korg yg tengah memerah pikiran utk merangka strategi membeli rumah ke3 dan seterusnya.. namanya REFINANCE 


Apa beza nya dengan Mark-Up harga?
Mark-up harga biasanya kita beli rumah dibawah harga pasaran dan mark-up ke Market Value.
Contoh
Terdapat beberapa keadaan dimana penjual jual rumah mereka lebih murah dari harga pasaran.. sebagai contoh kerana terdesak atau pencen dll.. Jadi penjual menjual aset mereka 10% dibawah harga pasaran.

Market value RM100,000.
Penjual yang kesuntukan masa akan jual 10% dibawah harga pasaran kerana ingin mendapatkan pembeli dengan kadar segera. Jadi harga yang ditawarkan ialah RM90,000.

Jadi korang sebagai pembeli akan memohon pinjaman @ RM100,000.
Bank akan memberi pinjaman @ 90% = RM90,000
so kat sini korang sudah untung.

Refinance pula..

Katakan kita berjaya membeli rumah dibawah harga pasaran contohnya dari acara lelongan hartanah.. nilainya katakan 20% dibawah harga pasaran. Selepas beberapa ketika nilai sudah naik maka kita bolehlah mohon untuk refinance aset kita mengikut harga pasaran. seterusnya dapat cash melalui perbezaan harga.

Contoh : MV property RM100,000.. harga berjaya Bid RM70,000.
So disini harga property ialah 30% dibawah nilai pasaran. Jadi selepas beberapa ketika kita boleh la mohon untuk refinance mengikut harga pasaran semasa.
RM100,000.. loan 90% = RM90,000
Tolak hutang lama @ Rm70,000.
so dapatlah RM20,000 cash...

Jika kuota membeli rumah 90% korang sudah penuh.. (da beli lebih dari 2 rumah) so loan bagi rumah ketiga ialah 70% sahaja. Disini game pelaburan hartanah korang perlu berubah..

korang perlu berusaha keras untuk mencari hartanah yang dijual dibawah nilai pasaran sebenar. Tujuannya nak meminimakan pengeluaran deposit / cash.

sebagai contoh jika korang berjaya beli rumah 30% dibawah harga pasaran ini bermakna korang akan dapat 100% pinjaman.. dengan syarat korang mark-up SnP.

Contoh :
Harga rumah RM70,000.. MV RM100,000...
apabila korang mohon loan @ RM100,000.. Bank akan luluskan @ 70% sahaja, bersamaan dengan RM70,000. Jadi korang sebenarnya dapat loan = 100%

Cuma kaedah ini korang xboleh guna untuk hartanah yang dibeli melalui acara lelongan. Hanya subsale / under-construction dengan kata lain kaedah ini boleh berjaya jika korang dapat Mark-up SnP.

wallahua'lam.

moga Allah merahmati kalian.



Friday, June 7, 2013

PROGRAM 7 HARI WTF SARJANA HARTANAH by Faizul Ridzuan

SALAM SEJAHTERA...
Selalunya anda kebingungan bagaimana untuk memulakan pelaburan hartanah? 
Bagaimana untuk menjana keuntungan yg lumayan daripada pelaburan hartanah? 
Berapa modal yg diperlukan?
Bagaimana mengenal pasti hartanah yg berpotensi? bla.. bla.. bla..

 KINI JULUNG KALINYA DIBAWAKAN KHAS KEPADA ANDA SEKALIAN



KLIK SEKARANG UNTUK MENDAFTAR :

DAFTAR KOMBO (2 ORANG) JIMAT RM300/ORANG!!


7 Hari WTF Sarjana Hartanah bersama Faizul Ridzuan
JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!



10 Hadiah Istimewa Untuk Peserta Program Cemerlang: Yuran 100% PERCUMA

Biasiswa WTF University untuk 10 peserta program. 100% PERCUMA* 

Tuesday, June 4, 2013

Anda tanya saya cuba menjawab.. kalau salah tolong betulkan =)