Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Tuesday, July 30, 2013

hmmm.. sewa Vs beli.. mana lagi bagus?

Assalamua'laikum..

Bismillah..
Pernah x korang memikirkan hal ni? Bagi saya jawapan bagi persoalan diantara sewa rumah dahulu vs beli rumah kediaman adalah subjektif..

Bagi mereka yang berpendapatan tinggi atau mewarisi harta dari parent pasti tiada masalah.. tapi berapa peratus kah mereka yang berada dalam golongan ini??

Kebiasaannya orang muda yang baru memasuki alam perkerjaan atau memulakan kehidupan selepas berumah tangga akan berbelah bahagi dalam membuat keputusan sama ada patutkah mereka membeli hartanah untuk didiami sekeluarga atau hanya menyewa dahulu..

Antara sebabnya 
"Lebih baik bayar rumah sendiri, daripada membayar sewa kepada tuan tanah"  
Keselesaan "Beli rumah sendiri lebih selesa xde sape nak kacau"  
Lambang kejayaan "Puas hati dapat beli rumah sendiri hasil titik peluh" 
Lambang kekayaan "Ini lah pelaburan hartanah terbaik aku"
Lambang kebertanggungjawaban suami sebagai ketua keluarga.
Pengaruh rakan "Beli sekarang sebabnya harga makin naik"

Ada juga yg confius berkenaan pelaburan hartanah.. Mereka menganggap rumah yg mereka beli dan kemudiannya mendiaminya adalah pilihan yg terbaik..
Sememangnya tidak dapat dinafikan ianya juga salah satu daripada strategi dalam pelaburan hartanah.. yakni pelaburan hartanah melalui kenaikan Modal (Capital Appreciation).. tetapi ianya lebih sesuai bagi jangka panjang dan memerlukan holding power yang kuat maksudnya kuasa untuk menanggung bayaran ansuran bagi pinjaman rumah tersebut.

kenapa aku katakan begitu?


  1. Apabila kita membeli rumah utk kita duduki, kita tidak mempunyai pendapatan pasif positif cashflow dari segi sewaan, maknanya pendapatan boleh belanja / simpan semakin mengecil kerana komitment ansuran bulanan rumah tersebut dan juga Debt Service Ratio (DSR ) score yakni komitmen vs pendapatan akan tinggi melepasi had score 60% / 70% (bergantung pada bank) 
  2.  
  3. Apabila kita membeli rumah untuk didiami sendiri  kita akan terlepas peluang untuk memaksimakan pelaburan hartanah kerana pada masa ini bank menetapkan loan to value (LTV) bagi rumah ke3 hanya 70% sahaja.. ini bermakna pembeli terpaksa mengeluarkan deposit yang lebih besar yakni sebanyak 30% bagi membeli hartanah yang ke 3 dan seterusnya..
  4. Apabila membeli rumah utk diduduki kita terpaksa mengikat perut kerana terpaksa membayar pelbagai komitmen tambahan sebagai contoh cukai tanah, cukai pintu, bil penyelenggaraan, ansuran bulanan.. secara tidak langsung menyukarkan kita menyediakan tabungan seperti tabung pelaburan, kecemasan, persaraan etc..
  5. Keadaan bertambah sukar sekiranya kita dipindahkan pula ke kawasan kerja baru yang mana terletak agak jauh dari kediaman yang telah dibeli ini menyebabkan kos bertambah seperti kos pengangkutan (terpaksa berulang-alik ke tempat kerja), kos masa dan tenaga serta risiko dijalanan.. akhirnya kita membuatkan kita tertekan seterusnya kita membuat keputusan untuk menyewa sahaja ditempat baru yang mana mewujudkan kos baru dan menyebabkan kita terus mengikat perut etc..


Wallahua'lam.. mudah2an bermanfaat kepada anda =)


http://www.starproperty.my/index.php/articles/investment/be-realistic-dont-wait-for-property-prices-to-drop/

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!