Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Monday, September 30, 2013

RAHSIA JUTAWAN RUMAH LELONG - SIFU RUMAH LELONG

Bismillah.. 
Allah humma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim!
 
Salam Hormat,
Aku Baru habis membaca ebook ( SIFU RUMAH LELONG ) yg SANGAT HEBAT dan LENGKAP.. tahniah sifu Shafie Bustan kerana sudi membongkar

Rahsia MENJANA KEUNTUNGAN DARI RUMAH LELONG!!.. 
Klw korang nak menjana keuntungan dari hartanah, pasaran lelongan adalah salah satu lubuk yg mesti korang cuba kerana disini terdapat banyak hartanah yg berpotensi untuk digilap sebagai 
PERMATA YANG BERNILAI!! 


buah tangan dari sifu aku ni korang xboleh lepaskan sebab beliau adalah ikon yg PROVEN SUCCESS dlm arena lelongan ni.. 
dgn bonus tambahan REAL CASE STUDY bagaimana beliau menjana BERPULUH RIBU dari hartanah lelong ni.. 

Tapi sebelum korang mulakan sila pastikan anda melengkapkan diri dengan ILMU..



BannerFans.com

Ramai yang teruja di luar sana apabila
dikhabarkan bahawa rumah lelong mampu
memberi pendapatan lumayan!


Namun tak ramai tau caranya. Malah tak
ada sesiapa yang sanggup kongsikan rahsia
mereka kerana ianya adalah peluang yang
mereka mahu simpan diam-diam.


Ambil iktibar elakkan kesilapan yg dilakukan oleh sahabat yg terpaksa menanggung rugi hangus wang deposit RM5,000 kerana tiada panduan.. 


Hanya RM199 sahaja. Sekali seumur hidup!
Sekali bayar dan selain tu penulis juga akan menjemput semua korang (pembeli) menyertai
"Facebook Group" rahsia sebagai pelabur hartanah di Malaysia ini.
Xrugi korang masuk group nih.. macam2 tips bakal dikongsikan.. 

 YANG PALING BEST.. SESI TT & QnA DENGAN PENULIS!!!



MAKLUMAT LANJUT : SIFU RUMAH LELONG


Tempah sekarang!

Kuota adalah terhad, harga asal RM499 selepas ini!

ikhlas,

MUHD KHAIRULNAWAWI


Friday, September 20, 2013

LTV bagi pinjaman rumah ke-3 dan seterusnya 60%???

Bismillah.. 

Lately aku ada mendengar beberapa khabar angin kurang enak bagi hartanah
Khabar anginnya adalah:-
Rancangan untuk menaikkan Cukai Untung Hartanah (RGPT):
1. Hartanah yang di jual di dalam tempoh 2 tahun pertama akan akan di kenakan cukai sebanyak 30%.
2. Hartanah yang di jual di dalam tempoh 3 tahun pertama pula, akan akan di kenakan cukai sebanyak 15%.
3. Manakala hartanah dalam tempoh 4 tahun pertama akan akan di kenakan cukai sebanyak 15% juga.
4. Jumlah pinjaman akan di turunkan sehingga 60% jika anda membeli hartanah buat kali ketiga.
5. Cukai Duti Setem akan di naikkan sehingga 5% dari harga jualan untuk mereka yang membeli hartanah buat kali ketiga.
6. Pada mereka yang membeli hartanah buat kali keempat, Anda bakal di kenakan cukai Duti Setem sebanyak 7.5% tahun hadapan.
7. Untuk pelabur-palabur “Savvy” pembelian hartanah anda apabila ia mencecah ke angka lima pada tahun hadapan, Setiap pembelian anda selepas itu akan di kenakan cukai sehingga 10%. Ini bermakna jika anda membeli hartanah pada nilai RM 1 Juta. Anda perlu membayar RM100,000 sebagai cukai.


artikel penuh : SILA KLIK

Ini pesanan dari Sifu FAIZUL RIDZUAN (Faizul Ridzuan is the founder and Chief Executive Officer of FAR Capital, a consulting firm specialising in property investment, Author of book "WTF? 23 properties by 30?", Property investor.)


Friday, September 13, 2013

WHAT DOES MALAYSIA NEED TO DO TO LOWER HOUSE PRICES??

BISMILLAH..

Lately banyak kita dengar beberapa berita yang kurang enak dan mesra Pelaburan Hartanah.. seperti khabar angin RPGT (Real property gain tax) yang akan dinaikkan contohnya 30% bagi hartanah yg dilupuskan kurang dari 10tahun, Stamp duty yang akan direview semula dan juga pinjaman perumahan.

Bagi pinjaman perumahan peraturan LTV utk rumah ke 3 70% sungguh memeritkan bagi pelabur baru mcm aku ni.. secara xlangsung memperlahankan rentak utk melabur dlm hartanah, mana xnya kalau beli hartanah dengan harga RM100k deposit 30% = RM30,000 kene siap sedia.. belum termasuk kos peguam dan lain2.. huh.

Baru2 ni pulak bank mengenakan syarat baru pulak. Max tempoh pinjaman perumahan adalah 35 tahun sahaja. maknanya tinggi sket le byr bulanan.. ini xpe boleh consider lagi.. kemudian peraturan refinance pulak direview yang mana sekiranya kita refinance ada CASH OUT, hutang ansuran yang dibenarkan bagi CASH OUT tu max 10tahun sahaja.. dan terbaru utk TOP UP LOAN ansuran juga tidak boleh lebih dari 10tahun.. 

Ohhh lemassss..

Hari ini ada terbaca artikel sifu aku FAIZUL RIDZUAN mengenai RPGT di NST tajuknya :

Advisory: The RPGT ‘myth’: Can increase in RPGT result in lower house prices?



Faizul argues that an increase in RPGT will raise prices even higher

dalam artikel ni FR memberikan pandangan beliau dari sudut pandang pelabur hartanah / spekulator berkenaan kesan kenaikkan RPGT keatas sektor hartanah..


antara hujah beliau jika RPGT dinaikkan kepada 30%:
1. Investor yang beli hartanah bagi tujuan sewa - tidak terjejas kerana mereka memegang suatu hartanah itu bagi tempoh yang panjang
2. Spekulator yang beli utk tujuan flip perlu mengatur strategi baru dan mempertimbangkan exit cost contohnya :

  • Hold property for 10yrs
  • Jual dengan lebih tinggi dengan mengambil kira tax yang dikenakan


kesannya jika hartanah dipegang terlalu lama?
Berlaku shortage supply dalam pasaran, manakala demand akan terus stabil due to statistik estimated by 2015, over 50 per cent of Malaysia’s population are under 30 years of age.. apabila supply berkurang maka harga akan terus melambung..

FR mencadangkan :

Primary market: Load the market with sufficient supply of affordable houses. Build enough affordable housing to meet the needs of the urban area’s population growth. This initiative has to be led by the government, supported by the state, and executed by the private sector to ensure maximum result, fast. It has to be a win-win-win relationship for all parties.
 
In the secondary market, stringent anti-speculation mechanism must be imposed on these newly built affordable housing. It has to be a lot stricter than what is currently being used by Singapore for their HDB flats. When there is zero profit-making allowed, the speculators/investors won’t participate and these affordable houses will be available for those who really need it.

Bacaan lanjut : NST Online

Faizul Ridzuan is the founder and Chief Executive Officer of FAR Capital, a consulting firm specialising in property investment, Author of book "WTF? 23 properties by 30?", Property investor.

Wednesday, September 11, 2013

RENTAL RM10,000 sebulan?

Bismillah...

Aku ada terbaca dalam THE STAR (Tuesday September 10, 2013) ruangan komuniti.
Isu berkenaan tuan rumah yang meraih keuntungan yang banyak hasil dari sewaan hartanah mereka kepada pelajar dan pekerja.

Di Taman Tasik Semenyih yang mana lokasinya berhampiran Kolej swasta.. khabarnya ada sesetengah tuan rumah boleh meraih sehingga RM10,000 sebulan hasil dari sewaan.

Wow dasyat ek.. dari kaca mata pelabur ini aktiviti yang bagus dan menguntungkan.. tapi bagi neighbourhood ia adalah kurang bagus kerana mendatangkan pelbagai masalah.. 


"""A resident who wanted to be known only as Mrs Tan, said some landlords in the area were fetching as high as RM10,000 in rent monthly.
“These landlords have made a fortune from renting out their semi-detached and bungalow units in this neighbourhood to students.
"But they have ‘defaced’ this area, which was meant to be exclusive and high-end when it was launched more than 10 years ago,” she said.
She added that many of the owners bought the units about three years ago for RM250,000 each. Some of them have converted the double-storey semi-detached units into hostels with up to 20 rooms, rented to students at about RM500 each.
Tan said that many single-storey bungalows that originally had three rooms were sub-divided into eight rooms, with owners raking in almost RM5,000 in rent per month.
The high profit has attracted more investors to the area..""

korang baca lah lebih lanjut : KLIK SINI


Tuesday, September 10, 2013

Harga Rumah terus melambung???


Hmm.. pendapat aku sendiri harga rumah akan terus meningkat ianya disebabkan oleh pertambahan populasi penduduk / rakyat Malaysia seiring dengan peningkatan populasi ini maka banyak2 tanah2 dibangunkan untuk dijadikan skim2 perumahan bagi memenuhi permintaan dan kenaikkan kos bahan binaan, buruh etc..
Tanah yang ada / belum dibangunkan juga semakin terhad..
Tempat tumpuan utama aktiviti ekonomi seperti bandar2 besar nilai hartanah meningkat dengan mendadak kerana mendapat permintaan yang tinggi disebabkan beberapa faktor seperti
1. Jarak yang hampir dengan tempat kerja
2. pelbagai kemudahan awam lengkap dan tersedia
3. gaya hidup
 etc..

Apa yang mampu kita lakukan ialah berusaha untuk membeli hartanah mengikut kemampuan kita dan susun serta perkemaskan profile kewangan supaya mudah mendapatkan pembiyaan daripada pihak bank untuk membeli hartanah.

Jika tidak mampu membeli dibandar beli lah dikawasan pinggir bandar.. sebagai contoh dulu aku xmampu membeli rumah dikawasan KL, PJ, Subang so aku mencari hartanah di kawasan Puchong, Shah Alam atau Klang..

Apa2 pun kita perlu bijak dalam mencari peluang.. dan sentiasa upgrade ilmu serta pengetahuan berkenaan hartanah..

Monday, September 9, 2013

JUTAWAN HARTANAH : Pelaburan dunia dan akhirat??


BISMILLAH..

Hari ni aku nk share dgn korang, kenapa korang perlu venture dalam pelaburan hartanah..

sebelum tu aku explain sket definisi pelaburan
Pelaburan : Sejumlah wang yang dikeluarkan bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan pada hari ini dengan harapan mendapatkan keuntungan di masa hadapan.

Salah satu instrumen pelaburan yang ada ialah pelaburan hartanah.  Kenapa pelaburan hartanah ???


  1. Pelaburan hartanah tidak memerlukan banyak masa bagi menguruskannya. 
  2. Juga ianya selamat (secured) - sebab ianya kekal berada dilokasi tersebut dan hak keatas pemilikan dijamin didalam perlembagaan dan Kanun tanah negara.
  3. Permintaan terhadap hartanah terus meningkat seiring dengan pertambahan populasi manusia.. 
  4. Modal yg diperlukan juga minima.
  5. Persaingan??? aku rasa plg minima or hampir xde
  6. Banyak pilihan hartanah.
  7. Peluang menjadi Jutawan 

Ianya sangat seronok!!!

Dengan menggunakan kaedah Laveraging impian untuk memiliki hartanah (pelaburan) RM1,000,000 adalah bukan suatu yang mustahil.




Sebagai contoh untuk memiliki hartanah berjumlah RM1,000,000/- korang hanya perlu mengeluarkan beberapa % sahaja deposit dan bakinya korang loan. Yang menariknya Loan korang ni dibayar oleh penyewa. 




Berbanding dengan pelaburan lain korang terpaksa mengeluarkan sejumlah amaun / caruman bagi setiap bulan. 



Juga semakin banyak hartanah yang korang ada semakin banyak juga pahala amal yang korang boleh dapat jika disertakan dengan niat yang betul. Macammana??

Dengan memiliki hartanah dan diberikan sewa.. korang telah memudahkan serta membantu insan lain yang lain yang memerlukan tempat tinggal sama ada mereka tidak mampu memiliki hartanah sendiri atau mereka terpaksa berpindah atas urusan tugas or pelajaran.. Maka beruntunglah korang dengan pelaburan dunia dan juga ultimate mission pelaburan akhirat.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim


Maka pastikan niat korang di Setting dgn betul ye.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.


Untuk memiliki nilai aset RM1,000,000 korang boleh membeli hartanah bernilai RM200,000 x 5buah shj.

sebab apa aku amik purata hartanah RM200,000?

- korang yg baru memulakan kerjaya dgn purata gaji RM2000 da boleh memulakan pelaburan hartanah sebab nya, dengan anggaran ansuran RM800/bulan shj. maknanya DSR korang masih dibawah 70%

- Sasaran penyewa hartanah dlm range RM200,000 ni biasanya terdiri dari penyewa yang middle class dan mempunyai kewangan yg agak baik. Kesannya ia akan mengurangkan risiko penyewa xbyr sewa

- medium risk.

- Mudah mendapatkan penyewa

- legal fees yg rendah. Contohnya pengiraan duti setem
 



etc. 
Menjengah usia pencen / bersara, 30 tahun  akan datang, hutang rumah telah langsai.. so korang akan ada RM1,000,000 (ini andaian sekiranya nilai xberubah).. klw naik sekali ganda korang da ada RM2,000,000
ok la tu kan.

Permulaan sedikit mencabar dan sukar.. tapi in shaa allah dgn berkat usaha dan istiqomah kita boleh berjaya.
Rancanglah sebaiknya..
terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. 
....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... 
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"
 Kini setelah berhempas pulas korang berusaha akhirnya korang tiba pada Misi, Kini korang telah mempunyai aset dengan jumlah Nilai RM1,000,000. Ianya sangat cool!
awesome!!
mungkin amaun ni kecil bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak.. tapi misi ini sesuai bagi sahabat yang baru memulakan kerjaya dengan pendapatan diantara RM2000 hingga RM3000 
So Lets Celebrate!
Penafian : Gambar dan tafsiran hadis dan ayat al-quran dipetik dari sumber internet