Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Monday, September 9, 2013

JUTAWAN HARTANAH : Pelaburan dunia dan akhirat??


BISMILLAH..

Hari ni aku nk share dgn korang, kenapa korang perlu venture dalam pelaburan hartanah..

sebelum tu aku explain sket definisi pelaburan
Pelaburan : Sejumlah wang yang dikeluarkan bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan pada hari ini dengan harapan mendapatkan keuntungan di masa hadapan.

Salah satu instrumen pelaburan yang ada ialah pelaburan hartanah.  Kenapa pelaburan hartanah ???


  1. Pelaburan hartanah tidak memerlukan banyak masa bagi menguruskannya. 
  2. Juga ianya selamat (secured) - sebab ianya kekal berada dilokasi tersebut dan hak keatas pemilikan dijamin didalam perlembagaan dan Kanun tanah negara.
  3. Permintaan terhadap hartanah terus meningkat seiring dengan pertambahan populasi manusia.. 
  4. Modal yg diperlukan juga minima.
  5. Persaingan??? aku rasa plg minima or hampir xde
  6. Banyak pilihan hartanah.
  7. Peluang menjadi Jutawan 

Ianya sangat seronok!!!

Dengan menggunakan kaedah Laveraging impian untuk memiliki hartanah (pelaburan) RM1,000,000 adalah bukan suatu yang mustahil.




Sebagai contoh untuk memiliki hartanah berjumlah RM1,000,000/- korang hanya perlu mengeluarkan beberapa % sahaja deposit dan bakinya korang loan. Yang menariknya Loan korang ni dibayar oleh penyewa. 




Berbanding dengan pelaburan lain korang terpaksa mengeluarkan sejumlah amaun / caruman bagi setiap bulan. 



Juga semakin banyak hartanah yang korang ada semakin banyak juga pahala amal yang korang boleh dapat jika disertakan dengan niat yang betul. Macammana??

Dengan memiliki hartanah dan diberikan sewa.. korang telah memudahkan serta membantu insan lain yang lain yang memerlukan tempat tinggal sama ada mereka tidak mampu memiliki hartanah sendiri atau mereka terpaksa berpindah atas urusan tugas or pelajaran.. Maka beruntunglah korang dengan pelaburan dunia dan juga ultimate mission pelaburan akhirat.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.

Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim


Maka pastikan niat korang di Setting dgn betul ye.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan..”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ulama’ telah bersepakat mengatakan bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh Mukmin yang mukallaf tidak dikira dari sudut syara’ dan tidak diberi pahala dengan hanya melakukannya kecuali disertai dengan niat. Niat adalah salah satu daripada rukun di dalam ibadat langsung (al-‘ibadatul maqshudah) seperti solat, haji dan puasa. Ibadat-ibadat tersebut dikira tidak sah kecuali apabila dilakukan dengan niat.


Untuk memiliki nilai aset RM1,000,000 korang boleh membeli hartanah bernilai RM200,000 x 5buah shj.

sebab apa aku amik purata hartanah RM200,000?

- korang yg baru memulakan kerjaya dgn purata gaji RM2000 da boleh memulakan pelaburan hartanah sebab nya, dengan anggaran ansuran RM800/bulan shj. maknanya DSR korang masih dibawah 70%

- Sasaran penyewa hartanah dlm range RM200,000 ni biasanya terdiri dari penyewa yang middle class dan mempunyai kewangan yg agak baik. Kesannya ia akan mengurangkan risiko penyewa xbyr sewa

- medium risk.

- Mudah mendapatkan penyewa

- legal fees yg rendah. Contohnya pengiraan duti setem
 



etc. 
Menjengah usia pencen / bersara, 30 tahun  akan datang, hutang rumah telah langsai.. so korang akan ada RM1,000,000 (ini andaian sekiranya nilai xberubah).. klw naik sekali ganda korang da ada RM2,000,000
ok la tu kan.

Permulaan sedikit mencabar dan sukar.. tapi in shaa allah dgn berkat usaha dan istiqomah kita boleh berjaya.
Rancanglah sebaiknya..
terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. 
....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... 
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"
 Kini setelah berhempas pulas korang berusaha akhirnya korang tiba pada Misi, Kini korang telah mempunyai aset dengan jumlah Nilai RM1,000,000. Ianya sangat cool!
awesome!!
mungkin amaun ni kecil bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang banyak.. tapi misi ini sesuai bagi sahabat yang baru memulakan kerjaya dengan pendapatan diantara RM2000 hingga RM3000 
So Lets Celebrate!
Penafian : Gambar dan tafsiran hadis dan ayat al-quran dipetik dari sumber internet

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!