Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Isnin, 23 Jun 2014

Apartment Mentari Court : Fakta dan pandangan peribadi

Fakta dan pandangan peribadi :
Apartment mentari court ini dipindahmilik pd kali pertama @ RM72,000 pd tahun 2006. Hari ini pd tahun 2014 nilainya melonjak secara purata rm200,000. Bermaksud kenaikan sekitar hampir 3x ganda!
 

masa saya membeli unit ni last year 2013, saya dapat pada harga RM135,000. Masa tu Market Value roughly RM170,000 ke RM180,000.
Alhamdulillah..

Pandangan saya
,
With its strategic location (within 10km of new centre of greater KL), good access, good public transport (ktm komuter, BRT coming in) increase in demand for affordable home & increase in population, good govt & bank policy, inflation factor etc, insyaallah price will goes secara konservertif 2xganda @ RM400,000 in coming 10years.

In contra, what will happen sebaliknya??
In my opinion, secara fundamental refer to statistic of population, income per kapita, opinion of affordable home, location, facilities, transportation etc.. Price will still increase walaupun a bit slow. U can't deny it..

Jadi berusaha la kita utk terus membeli / menguasai hartanah dibumi bertuah Malaysia ni. It is good move!
Jangan sampai suatu ketika nanti anda mengiyakan penulisan wartawan akhbar "sewa sampai mati"

Tambah la ilmu hartanah mulai sekarang!
Salam pejuang hartanah!




Jumaat, 20 Jun 2014

Tips pembeliaan penyaman udara (air-cond)

Bismillah...

salam jumaat.

pagi ni saya mencari maklumat tentang pemilihan air-cond yang sesuai serta jenama.. so saya terjumpa info yang bagus di PROPERTYWALTZ.. 

Jom saya kongsikan dengan korang.. mudah2an bermanfaat =)


Rabu, 18 Jun 2014

END LOT SINGLE STOREY 2,210 KAKI PERSEGI, BELOW MV, BUKIT RAJA KLANG FOR SALE!

SALAM SEJAHTERA

HOT PROPERTY FOR SALE!!
BELOW MARKET VALUE!
GREAT LOCATION, GREAT ACCESS, GREAT OPPORUNITY!!
mark-up loan can be arrange!

# Single Storey House (END LOT) at BANDAR BUKIT RAJA available for Sale
# RM 480,000 (HIGHLY NEGO)
# FREEHOLD
# LAND AREA : 2,210KP (205.32MP)!!
# BUILT-UP 22X65
# 3 rooms 2 baths
# kitchen cabinet + autogate + (car porch : plaster ceiling + extend + tiles)
# matured LOCATION with good akses : federal highway, nkve, selat klang highway
# nice community
** gated community
 
 # 5-15 minutes to: TESCO, GIANT, BIG AEON, SETIA CITY MALL, KLANG PARADE, JAYA JUSCO, KLANG CENTRAL, ECOSAVE, Sekolah Menengah Taman Klang Utama ( 5 mins ), Sekolah Rendah Pui Ying ( 10 mins ), Masjid batu belah (5min), sekolah kebangsaan batu belah (5min), sekolah menengah / rendah setia alam (15min)
** 5 minutes to Setia Alam (Setia Impian, Indah, Melastoma),
Bandar Bukit Raja (Murni,Inang, Zapin, Gamelan, Makhyong
Meru, Feugo, Avani, Paloma,Alam Nusantara, Mutiara Bukit Raja, TAMAN CEMPAKASARI, Batu Belah
 
**10 minutes to Alam Nusantara (Ayu Klasik,Lestari), Meru, Setia
City Mall,Aman Perdana, Klang Utama, Kapar

**30 minutes to Bandar Bukit Tinggi, Bandar
Puteri, Botanic, Klang Jaya, Sri Andalas, Kampung Raja Uda

Kindly contact Mr. khairul for details or viewing arrangement.
h/P : 018-570 3698

Isnin, 16 Jun 2014

Kuasa Tindakan menentukan kejayaan kita!

BISMILLAH...
PAGI NI AMBE SEMPAT MEMBACA MAJALAN ONLINE AO TRIBE majalah AO Tribe KELUARAN KUMPULAN SYARIKAT RICHWORKS

Dalam edisi kedua, AO tibe akan kongsikan 7 prinsip kejayaan Oprah Winfrey, seorang wanita yang telah diiktiraf menjadi salah satu wanita yang paling berjaya dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Antara yang menarik untuk Edisi kali ini:

  • Oprah Winfrey - 7 Prinsip Kejayaan
  • Lembu vs Bisnes
  • Kesihatan Adalah Kekayaan
  • 3 Kemahiran Pemimpin Jualan
  • Iphone 6 dan spekulasi
  • Berniaga dengan media sosial
  • 45 Perniagaan Anda Boleh Mula Dengan Modal Kurang Dari RM5,000
Anda boleh dapatkan Majalah Online ini secara Percuma dengan muat turun sekarang! 
www.aotribe.com.my Download sekarang!
Sebarang maklum balas boleh emelkan ke editor@richworks.com.my

 
[KISAH LEMBU]
Di dalam surah Al-Baqarah, bermula dari ayat
67-73, kita dibentangkan dengan sebuah kisah
bagaimana Allah ceritakan perihal Bani Israel dan
juga seekor lembu. Peristiwa ini berlaku pada zaman
Nabi Allah Musa alahis salam. Terdapat satu kes
pembunuhan sesama mereka dan dipendekkan cerita,
kecoh masyarakat Bani Israel dalam mencari siapa
pembunuh tersebut. Akhirnya Allah memerintahkan
mereka supaya menyembelih seekor lembu.
Di sini timbul soalan, kenapa mesti lembu? 
Pernahkah anda tertanya?

Sedar atau tidak, sebenarnya Allah nak beritahu
kepada kita bagaimana wajah sebenar Bani Israel.
Secara teorinya, kita semua sedia maklum bahawa
lembu adalah antara haiwan yang sangat senang
dan mudah untuk diperolehi jika nak dibandingkan
dengan haiwan liar yang lain. Allah perintahkan
mereka untuk mencari tanpa mengkhususkan jenis
dan rupa lembu tersebut.

Secara logiknya, manusia tidak memerlukan peralatan
yang banyak untuk mendapatkan seekor lembu. Tapi
apa yang Bani Israel buat? Mereka banyak soalan
dan bertanya. Lembu warna apa, jantan atau betina,
muda atau tua dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan
bahawa mereka sangat miskin tindakan tetapi mahu
keputusan segera.
Jadi, apa kaitannya dengan bisnes kita? Mari kita
tengok.


[BISNES KONTEMPORARI]
Alhamdulillah, kita sekarang berada di era kemajuan
dan kita bersyukur kerana Malaysia salah satu negara
yang tidak ketinggalan daripada menongkah akan
arus tersebut. Peluang untuk berbisnes sangat luas dan
sudah tidak seperti dahulu lagi. Terlalu banyak peluang
tersebut sehingga setiap usahawan itu mampu untuk
mulakan perniagaannya dengan perkara yang paling
mudah contohnya, membina kenalan dan hubungan
yang baik dalam FB Page sebelum berniaga barangan
atau menawarkan perkhidmatan contohnya kaunseling,
seminar, coaching dan sebagainya. Menariknya, semua
itu adalah PERCUMA. Tidak perlu ada kedai dan tidak
perlu kepada kos yang tinggi.

Malangnya, masih ada usahawan yang banyak
soalannya. Produk apa nak jual ek? Bila nak jual ek?
Ni menjual ni orang tak marah ke? Nenek approve ke
perniagaan saya ni? Ni kalau jadi jutawan nanti tak
takut ke?


Adakah anda nampak di mana kaitannya kisah
Al-Quran tadi dengan permulaan bisnes kita. Kuasa
sebuah tindakan sangat penting untuk kita pastikan
kejayaan yang kita mahu perolehi di penghujungnya.
Janganlah terlalu berfikir nak bisnes apa sedangkan
jutaan manusia di luar sana yang bermasalah dan
sangat perlukan penyelesaiannya daripada kita semua.
Ingatlah wahai sahabat sekalian, Allah sentiasa
lorongkan perkara yang mudah untuk kita semua.
Cuma menunggu manusia mana yang bijak untuk
merebut dan mencapainya.

Jumaat, 6 Jun 2014

stay strong...

Khamis, 5 Jun 2014

Bestnya rumah sewa.... stay positive!


Bismillah...
Apa perasaan korang bila tengok gambar rumah sewa saya seperti diatas ni???  korang pening kepala ke? sebenarnya ini lah salah satu risiko bisnes rumah sewa.. ya risiko begini memang ada kemungkinan berlaku sebabnya kita berurusan dengan manusia.. dan manusia mempunyai emosi..

Bagi saya ini perkara biasa dan saya sedikit pun tidak berdendam atau marah.. sifu saya pesan marah2 akan menyebabkan kolam jiwa berkeladak.. seterusnya menarik lebih banyak perkara negatif datang dan melekat kat kita..



Solusi senang sahaja.. kan penyewa ada bayar deposit.. so saya guna kan deposit untuk mengupah cleaner untuk datang dan bersihkan.. mudah aje.. kemudian cari aje penyewa baru dan ambil lagi deposit dari penyewa baru kiki2..

Daripada dok marah2, maki hamun.. bla.. bla.. bla... stop it!
pesan sifu saya lagi apa yang kita fikir.. apa yang kita rasa.. apa yang kita cakap.. apa yang kita buat.. semuanya adalah doa.. Jadi kita buatlah kebaikan sebanyak2nya.. berfikir positif dan sentiasa ceria..


Jadi kalau korang berada di satu "situasi" jang lah korang patah semangat.. jangan korang maki hamun.. semua tu xberguna.. cari solusi dan lihat hikmah disebaliknya...




Penyesalan Tindakan!

Bismillah..

Pagi ini sempat aku membaca buku INSPIRASI KAYA & BERJAYA (SIRI 1) Hasil nukilan mentor kesayangan ramai Dr. Azizan Osman yg ditulis oleh penulis hebat saudara Aqif Azizan.. memang sentap beb..
apa yang saya boleh kongsikan yang saya rasakan insyaallah mendatangkan manfaat kepada korang ialah...



Pernah xkorang dengar keluhan "andaikata aku mampu mengalih masa 5 tahun lalu, pasti aku berjaya ubah hidup aku hari ini..."



menurut penulis hanya segelintir manusia yang hidup penuh dengan kekayaan, kejayaan dan ketenangan faham tentang erti tindakan untuk Berubah. Kebanyakannya mengambil keputusan untuk melihat orang lain yang berubah.


tambah penulis lagi... Namun selepas melihat kejayaan yang dikecapi oleh orang lain, kita mula menyalahkan masa. Kita meletakkan harapan seperti "Kalau aku ikut si dia 5 tahun lalu, pasti aku akan berjaya sepertinya."


Harapan hanya tinggal harapan. Segala yang terjadi akan berubah kembali.. Elakkan daripada menyesal kerana tidak bertindak bagi mengubah kehidupan. Sekiranya kita mahu berubah menjadi kaya, maka saat ini adalah saat yang terbaik untuk melakukan tindakan pertama..

Sedikit tambahan... dari sumber : ustaznaim.blogspot.com

Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.

Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.

Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”
kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana:

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu
.

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.

Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALLAH maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”

-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”



Jangan tunggu lagi! 
Anda mampu mengubahnya!
Keep Positive!