Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Isnin, 7 Julai 2014

Program pengajian peringkat sijil kelolaan Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah mula dibuka!!!

BISMILLAH

[HEBAHAN]

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran mengikuti program pengajian peringkat sijil bagi  ambilan November 2014 kelolaan Institut Penilaian Negara telah mula dibuka mulai 1 Mei yang lalu.

- Tiga (3) program yang ditawarkan ialah Sijil Penilaian Harta Tanah, Sijil Pengurusan Harta Tanah serta Sijil Agensi Harta Tanah.

- Program-program sijil ini menawarkan syarat kemasukan serendah tiga (3) kredit, penginapan percuma, elaun harian sebanyak RM11 sehari, kemudahan pembelajaran yang lengkap serta yuran pengajian serendah RM 365 untuk setiap semester.

INSPEN menjemput semua rakyat Malaysia lepasan SPM yang berumur antara 18 hingga 21 tahun untuk mendaftar secara online di laman web rasmi, www.inspen.gov.my yang dibuka hingga tarikh tutup pada September depan.

 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Akademik INSPEN di talian 03 – 8911 8800 atau emel di akademik@inspen.gov.my. Anda juga boleh mengikuti kami laman facebook kami untuk mengikuti makluman terkini mengenai program pengambilan tersebut.