Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Wednesday, June 3, 2015

[ HIDUP INI PENUH DENGAN KETIDAKPASTIAN ]

Bismillah...

Ketika kita merasa kita "Secure" dengan pekerjaan yang kita ada hari ini.. ingatlah ianya tidak kekal... hatta berkhidmat dgn kerajaan...
Apabila diuji kita hilang sumber.. mati akal mencari arah..


Ketika kita merasa kita sihat tubuh badan.. kita alpa tidak membuat "persediaan"..
ingatlah ianya juga tidak kekal...
Kelak diuji dgn musibah...
terkapai mencari tempat berpaut..


Ketika kita merasa sombong dan angkuh di tampuk kepimpinan.. ingatlah ianya juga tidak kekal...
Kerana apabila hilang kuasa..
kehinaan yg kita dapat...

Ketika kita merasa lapang masa utk duduk melepak.. ingatlah ianya suatu kerugian...
kerana masa yang berlalu tidak kembali...
kerana masa yang ada semakin sedikit..


Ketika perniagaan kita diatas.. kita seronok "mencetak" wang.
kita lupa utk membina "financial foundation"..
Kelak musibah menimpa.. habis jatuh, merudum tanpa "buffer" ibarat nangka busuk yang jatuh menyembah bumi...

Hidup tiada kepastiaan. Bersedia dengan segala kemungkinan.. andai jatuh juga... pantas bangun semula.. Don't ever trust anybody!


Kita yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada hari ini... atas keputusan yang kita buat pada "5tahun" yang lepas!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!