Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Ahad, 10 April 2016

[ Tips Sharing ] Mengesan kecacatan Rumah Baru ( Defect Inspection )

Kredit Penulis : fb Shamier Mohaimin
Tips mengesan kecacatan Rumah Baru ( Defect Inspection )


Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :
***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
***Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah

1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.

2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.

3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.

4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.

5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.

6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.

7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.

9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.

Ahad, 3 April 2016

Apartment SENTROVUE @ Puncak Alam, UnderConstruction RM279,488!! wow murahnya!

Assalamua'laikum HI GUYS... 

Ok kali ni saya nak share 1 listing hartanah didalam pembinaan.. excited juga sebab hartanah ni hanya berharga RM278,488 sebelum diskaun! 


tenang dulu.. hartanah ni sebenarnya telah dilancarkan pada tahun lepas sekitar bulan Jun 2015 dan ia sebenarnya telah Laku Habis dijual!  Berita Lanjut Sentrovue (KLIK SINI) 




Cuma unit yang saya ada ni adalah unit saki baki yang mana pembeli yang xlepas pinjaman dan lain-lain

Yang bestnya walaupun unit ini berharga dibawah RM300k, ianya layak dibeli oleh mereka yang telah membeli hartanah tidak terhad kepada pembeli kali pertama kerana Sentrovue telah dilancarkan pada tahun lepas sebelum pindaan belanjawan baru.





lokasinya boleh la dikatakan panas juga kerana terletak sekitar 5 minit perjalanan ke 2 akses berbeza pintu masuk UiTM Puncak Alam. ini bermakna apartment ini bakal mendapat banyak permintaan rumah sewa dari pelajar2 UiTM kelak!


Lokasi lebih tepat ialah di Alam Jaya, Puncak Alam.. Belakang pasaraya Econsave!

Untuk pengetahuan anda, tanah2 disekitar kawasan pembinaan ini sedang rancak dibina antara pemajunya ialah IJM, MKH, Puncak Alam Housing etc... 




dan dalam laporan THE Edge (Klik sini) pada 25 september 2015, pemaju Ecoworld bercadang untuk mendapatkan sejumlah 889.66 hektar tanah disekitar puncak alam ini, bernilai RM1.18billion dan dijangka ianya akan selesai diperolehi pada Q2 2016






Ok kat bawah ni saya kongsikan detail ya!


NEW LAUNCH SERVICE APARTMENT, SENTROVUE @ PUNCAK ALAM


[ THIS IS LOAN REJECT UNIT ]


DEPOSIT RM5,000!!

PRICE : RM279,488 
Discount 7% for bumi, 5% non-bumi






Promotion package :

☆ Free Legal fees on Sale and Purchase Agreement and Loan Agreement ( purchaser only bear cost : stamp duties, disbursement and miscellaneous)
☆ Free 1 x 1hp Air conditioner
☆ Free 3 ceiling fan
☆ Free top n bottom kitchen cabinet at dry kitchen
☆ Free 1 car park

MORE INFO : 012-5414096



Overview of Sentrovue @ Puncak Alam
·         Property Type: Serviced Apartment
·         Location: Puncak Alam
·         Developer: Villa Avenue
·         Number of blocks: 2 block (Block A & B)
·         Number of floors: 19 floors
·         Total Units: 798
·         Tenure: Leasehold
·         Bedrooms: 3
·         Bathroom: 2
·         Size : 842 sq.ft.
·         Semi-furnished: Ceiling fans, air con, semi-furnished cabinet at dry kitchen (early bird promotion)
·         Car park: 1
·         Maintenance fee psf : 15 sen +10% sinking fund
·         Completion date: Estimated 2018 end
·         Unit price: From RM260,000 (original price)
·         Condo facilities: Swimming Pool, Mini Market, Covered Parking, Playground, 24 Hour Security, Balcony/Patio

Sentrovue is located in Puncak Alam, Selangor, and featured two blocks of serviced apartments and a lifestyle retail area on the lower levels of the towers that sit on 2.1 ha of leasehold land.








Sentrovue is located close to Pusat Perdagangan Alam Jaya, Selangor. It will be within 500m of Econsave Alam Jaya, banks and retail outlets and accessible via the KL-Kuala Selangor Expressway and Guthrie Corridor Expressway. It is about 45km from the city centre.





Facilities include a swimming and wading pool, gym, children's playground, skating area, badminton court and a multipurpose hall that accomodates up to 100 people.




UPDATE SITE VISIT 6 april 2016:







Tips Menjual Rumah pada harga idaman

Assalamua'laikum wbt,


Sebagai ejen hartanah, saya berhadapan dengan pelbagai jenis hartanah untuk dijual atau disewakan. Terdapat pelbagai rupa bentuk dan keadaan hartanah.. ada yang kemas dan ada yang tidak kemas, bersepah, tidak teratur.. Ok saya kongsikan kepada anda beberapa tips supaya hartanah anda boleh menarik minat pembeli untuk membeli hartanah anda.. terutamanya ketika berada dalam keadaan pasaran yang sedikit mencabar ketika ini.

Menjual Rumah Tidak Terurus
Kita biasanya akan terjumpa dengan banyak rumah yang diiklankan untuk dijual tetapi keadaannya tidak mampu menarik minat pembeli kerana faktor-faktor seperti rumput yang panjang, cat yang kusam, reput dan kotor.. Pendek kata tiada seri atau aura!


Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan pembeli yang sedang shopping untuk mendapatkan hartanah bagi kegunaan sendiri?? apa yang akan bermain difikiran mereka??

Baiklah untuk menarik minat pembeli anda haruslah menyediakan hartanah anda sebaik mungkin.. bukan bermaksud anda perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Tapi cukup sekadar bersih, kemas dan berkeadaan baik!


Bersihkan
Anda harus membersihkan hartanah anda agar ianya nyaman untuk didiami pembeli kelak. Sebaiknya bersihkan rumah anda setidaknya seminggu sekali. 


Mengecat
Manusia sememangnya suka akan kebersihan dan keindahan serta kedamaian.. Apabila anda ingin menjual hartanah anda dengan pantas, pada harga tawaran anda.. Lakukan sedikit magis, bermain dengan warna cat yang menarik, agar dapat menarik minat pembeli.. ini penting kerana rumah dengan cat yang baik akan nampak lebih segar dan mudah menyentuh emosi dan psikologi pembeli. Ianya tidak memerlukan modal yang besar, anda harus bijak. 

Ubahsuai
Jika anda mempunyai sedikit modal tambahan, anda boleh memikirkan untuk membuat ubahsuai seperti tambahan ruang "Main Floor Area" (MFA). Dengan bertambahnya keluasan lantai utama bangunan anda maka nilainya akan turut meningkat. Modal atau kos ubahsuai yang dikeluarkan boleh menaikkan nilai hartanah anda.. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memasang kabinet dapur.. Harus diingat kaum ibu ini biasanya mempengaruhi kaum ayah dalam membuat keputusan membeli hartanah... 
Spot area yang menjadi keutamaan mereka ialah kawasan dapur.. Jadi jika dapur anda bersih, kemas dan cantik siap lengkap dengan kabinet terbina "Built-in" pasti akan membuatkan kaum ibu terpikat!

awas! jangan melakukan ubahsuai yang terlalu ekstrim atau melampau.. ingat, citarasa anda tidak sama dengan citarasa pembeli!

Penggunaan Khidmat Ejen Hartanah
Bagi menjimatkan masa, wang dan tenaga anda didalam mendapatkan pembeli idaman.. suka saya mencadangkan anda menggunakan khidmat ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah anda boleh menyemak no pendafaran mereka disini (Sila Klik)
Ejen hartanah ini, biasanya adalah mereka yang mahir didalam memasarkan hartanah, mempunyai pengetahuan tentang pasaran dan membantu anda didalam melayan karenah pembeli. 

Biasanya mereka akan menguruskan hartanah anda daripada proses mengiklankan hartanah anda di mana2 medium yang boleh digunakan untuk mencapai akses kepada prospek pembeli sama ada medium online atau offline. Kemudian mereka akan melayan karenah pembeli.. setelah mendapatkan pembeli yang benar serius, mereka akan menguruskan pula dokumen bagi mendapatkan pembiayaan bank dan seterusnya berhubung dengan peguam bagi proses menandatangani perjanjian jual beli.

Biasanya ejen hartanah dibayar semasa pembeli dan penjual menandatangani perjanjian jual beli. Jika mereka gagal mendapatkan pembeli, kebiasaannya tiada caj dikenakan.

Hubungi saya jika anda ingin menjual hartanah anda disekitar SHAH ALAM, KLANG, Setia Alam, Subang, Puchong 012-5414096 


Tips Menjual Rumah pada harga Idaman anda :
  • Tidak perlu menjelaskan alasan kenapa anda berhasrat menjual hartanah anda..
  • Anda perlu memahami harga pasaran di kawasan tersebut. Jangan terlebih emosi dan tamak. Realistik dengan harga dan keadaan pasaran.. Jika tidak hartanah anda sememangnya sukar dijual. Ini akan merugikan masa, wang dan tenaga
  • Kemukakan kelebihan rumah anda. Seperti ubahsuai, cat baru, kawasan kejiranan, kemudahan awam dan lain2
  • Tunjukan rasa cinta Anda pada rumah. Daripada penelitian yang dibuat, membuktikan jika ada ikatan emosional antara penjual dengan barang yang dijualnya maka ianya akan lebih cepat laku dan mampu mendapatkan harga idaman. 
Oklah sekadar ini dulu perkongsian saya kali 
ini... doakan saya supaya maju dalam perniagaan hartanah ya!