Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Rabu, 7 September 2016

Alhamdulillah yea... proses jual rumah aku dah nak setle ^^

PELABURAN HARTANAH aku

Alhamdulillah

Pagi tadi saya semak akaun bank.. so saya lihat salah 1 pinjaman perumahan saya dah selesai.. Bermaksud proses penjualan rumah saya di Klang dah nak sampai ke penghujung..

Syukur.. So hari ni saya nak kongsi sedikit secebis pengalaman dengan anda tentang pengalaman saya melabur hartanah ini..


………………………………………………………………………………………………………………..

Tarikh SPA semasa saya membeli : 7-7-2014, 
Harga belian : RM72,000

Tarikh SPA jualan : 26-1-2016
Harga Jualan : RM105,000 ( Current Market Value +- RM120,000)

Tempoh masa pegangan : 1  ½ tahun +-

Deposit dibayar semasa membeli : RM2160 (3% dari harga belian dibayar semasa booking)

Legal fee (Loan agreement + SPA) : +- RM5500 (dengan persetujuan peguam, ianya dibayar secara ansuran)
………………………...
+- RM27,500 surplus
=================

Disini kita dapat belajar beberapa perkara..


1. Hartanah terlalu mahal..
ramai yang merungut hartanah terlalu mahal... itu ada benarnya.. namun kita masih mempunyai peluang sebenarnya untuk mendapatkan hartanah yang murah.. tetapi ianya memerlukan usaha dan lain2.. sebagai contoh, hartanah yang saya beli ini merupakan apartment dengan keluasan 840kp, standard 3 bilik + 2 bilik air.. malah ianya Freehold!


2. Deposit yang tinggi
kebanyakan kita juga sering beralasan deposit faktor utama gagal membeli hartanah.. sedang kan jika kita tahu.. sebenarnya ia masih boleh dirunding lagi dengan pihak penjual.. sebagai contoh, saya hanya membayar wang pendahuluan bagi hartanah ini sebanyak RM2160. Iaitu bersamaan dengan 3% daripada harga jualan RM105,000

3. Susah nak dapatkan pinjaman..
Sebenarnya ada betul juga.. Namun kita masih boleh mencuba.. kita buat apa yang kita boleh kawal.. perkara yang mustahak kita perlu tahu adalah “bagaimana pihak bank menilai kewangan kita” seperti yang kita biasa dengar..
1.    Bank memberi pinjaman kepada mereka yang benar2 “berkemampuan”
2.    Bank memberi pinjaman kepada mereka yang diyakini mampu /  Nampak “berkemampuan”

Err saya dalam kategori ke 2 lah kot rasanya..

Bagaimana meyakinkan pihak bank?? saya nak tekankan.. kita perlu mengetahui ilmu ini utk berjaya mendapatkan pinjaman.. iaitu sekurang2nya ilmu pengiraan Nisbah Servis Hutang (Debt Service Ratio).. mengetahui jenis pendapatan yang diiktiraf oleh bank, menguruskan dokumen / statement bank / profile kewangan peribadi etc..

Semasa saya membeli hartanah ini, pendapatan dari pekerjaan kerajaan sekitar RM2,+++ sahaja.. dan saya mempunyai komitmen lain juga..


Jadi sekadar ini dahulu saya kongsikan.. mudah2an ianya bermanfaat kepada anda.. Ianya bukan lah mudah namun ada jalan untuk mencapainya..

Sekian,

MKNK

1 ulasan:

yellowrose262 berkata...

Tumpang iklan ya en,

Saya hendak menjual rumah saya di bandar sri putra bangi pada harga RM290k. Jika berminat boleh hubungi saya 0197547156

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!