Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Tuesday, May 1, 2018

PENGAMBILAN BALIK TANAH DIBAWAH AKTA PBT 1960

Assalamua'laikum guys..

Ada x tanah anda terlibat didalam kes Pengambilan Balik Tanah oleh pihak kerajaan? 

Ianya jarang2 berlaku, tetapi dengan kepesatan pembangunan di Malaysia, khususnya di Lembah Klang, pengambilan balik tanah tidak dapat dielakkan kerana pelbagai maksud atau tujuan awam seperti pembesaran jalan, kemudahan pengangkutan awam dan lain - lain.


Related image

Kes PBT ini  biasanya akan menyebabkan pemilik tanah resah kerana memikirkan apakah tindakan yang sepatutnya lakukan. Terutamanya jika pampasan yang ditawarkan jauh lebih rendah dari apa yang diharapkan.
.

.

Berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960, Secara ringkasnya, PBT bermaksud melucutkan hak pemilikan hartanah daripada tuan tanah atau pemilik berkepentingan.

HAK PEMILIKAN HARTANAH DI MALAYSIA ADALAH DIBAWAH PERUNDANGAN SEPERTI BERIKUT

1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

2. KANUN TANAH NEGARA 1965, LAND ACQUISITION ORDINANCE (SABAH CAP. 68) 1950, SARAWAK LAND CODE (CAP.81) 1958

3. AKTA PENGAMBILAN BALIK TANAH 1960, LAND ACQUISITION ORDINANCE (SABAH CAP. 69) 1950, PART IV OF THE SARAWAK LAND CODE (CAP.81) 1958 


.

PERKARA 13 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN BAHAWA :

13 (1) - TIADA SEORANG PUN BOLEH DILUCUTKAN HARTANYA KECUALI MENGIKUT UNDANG - UNDANG

13 (2) - TIADA SESUATU UNDANG-UNDANG PUN BOLEH MEMBUAT PERUNTUKAN BAGI MENGAMBIL ATAU MENGGUNAKAN HARTA-HARTA DENGAN PAKSA DENGAN TIADA PAMPASAN YANG MENCUKUPI 


Jika tanah anda telah sah akan diambil yakni melalui warta dibawah seksyen 8, anda tidak boleh mempertikai keputusan tersebut tetapi anda masih boleh membuat bantahan ke atas pampasan jika tidak berpuashati.

Untuk pengetahuan anda, apabila pemilik tanah mendapat surat daripada Pejabat Tanah memohonnya menghadirkan diri pada sesuatu tarikh perbicaraan tanah. Anda berhak melantik Penilai Swasta Profesional bagi menyediakan satu Laporan Nilaian berkenaan tuntutan pampasan sepertimana Jadual 1, Akta Pengambilan Tanah 1960. 



.
Disini kami sebagai konsultan terdiri daripada barisan Peguam, Penilai Profesional, Juruukur bertauliah menawarkan menawarkan khidmat yang menyeluruh kepada anda bagi mendapatkan pampasan yang setimpal sehingga ke peringat Mahkamah Tinggi.

wasap 0125414096 (sila klik)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!