Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Jumaat, 31 Ogos 2018

rumah teres taman samudera, manjung, perak untuk dijual dibawah harga pasaran!

assalamua'laikum warga Manjung, ni ada Rumah Teres setingkat, unit tengah, Di Taman Samudera Seri Manjung Untuk Dijual.. kawasan padat dan senang disewakan.. owner urgent nak jual dibawah harga pasaran.. boleh runding lagi Bossku sekalian.. jangan risau ^^
Alamat Lorong tenggiri 4, taman samudera, manjung * Keluasan tanah : 20x65 (1300kp) * Leasehold * BumiLot * 2 bilik tidur (asal 3 bilik, bilik kecil dipecahkan dindingnya utk membesarkan ruang dapur) * 1 bilik air HARGA JUALAN : RM140K

Lokasi strategik, berdekatan dengan Giant, Jusco, Tesco, Bilion, Pejabat Daerah, Sekolah, Masjid, Bank, Restoran dan lain2 Jarak yg dekat utk ke Pangkalan TLDM Lumut, Lumut, Bandar Manjung, Sitiawan, Hospital Manjung, TNB Janakuasa Arang Batu dan lain2 Limited unit. Demand hot utk rumah area taman samudera ini dan mudah mendapat penyewa Hubungi Khairul 012-5414096 PEA 1352 RPSJ

Prosedur membida rumah lelong

assalamua'laikum dan salam sejahtera guys,

ok hari ni saya share dengan korang proses2 untuk mendapatkan hartanah lelong.. proses ni sy dapat dari website Auctiondata.. 

mudah aje.. korang baca dan fahamkan.. kemudian cuba untuk mendapatkan hartanah korang ya.. 

Tahun lepas saya ada beli rumah lelong.. dapat la harganya RM140k mcm tu.. dah siap repair dan reno nilai kininya menjangkau la RM280k gitu.. xla banyakkan buleh la gross ROInya 100%.. 

dari mana saya dapat info rumah2 lelong2 ni? ha mudah aje.. korang cari je di website pelelong atau web lelongtips atau web auctiondata ya..

pengalaman first time mmg nervous nak masuk bid ni.. korang jgn risau ia perkara biasa.. yg plg penting korang dah buat persediaan seperti carian hakmilik di pejabat tanah, anggaran kos nak repair, semakan anggaran Market Value hartanah.. utk semakan market value ni korang boleh la kaji sket di website yg menjual hartanah seperti mudah, propertyguru, iproperty, the edge property atau semak dengan penilai swasta atau perhatikan iklan2 yg ada disekitar kawasan yg korang nak beli tu..

kemudian korang jangan lupa pula buat semakan seperti tunggakan maintenance, cukai pintu, cukai tanah, so selamat mencuba memburu hartanah korang! call lawyer atau pelelong utk semak siapa yg akan tanggung segala tunggakan tersebut..

bila semua dah ready korang pergi la mendaftar masa hari lelongan hartanah, yg penting.. jaga emosi ya.. jangan bid terlebih pula.. ingat rumah banyak lagi.. bukan yg ni je.. dan matlamat korang apa.. klw beli utk jana keuntungan.. kira betul2.. 

tapi klw beli mmg sbb emosi.. contohnya sebab nk dekat dgn rumah keluarga ke.. atau faktor lain.. maka terpulang la pd korang ek.. tapi hati2 juga takut korang xdpt secure loan rumah pula nnti..

ok la.. sy ucapkan selamat mencuba memburu hartanah lelong korang..

 



Khamis, 30 Ogos 2018

NonBumi Lot, Kondominium Kristal Height, Seksyen 7, Shah Alam

For Sale: Kristal heights condo Seksyen 7 shah alam 


Property details:
* non bumi lot 
*3 bedrooms 
*2 bathrooms
*1001 sf of built up area
*Gated & guarded
*Low density 


Surrounding:
* Primary & Secondary School
* Shoplot
* Next to UITM
* Surau
* Kindergarten 
* Children Day Care Center
* Petrol station
* Giant hypermarket


Facilities:
* Playground
* Children's Play Area
* Gated & guarded


Access:
*Near mainroad to Accessible from KESAS Highway, New Klang Valley Expressway(NKVE), Federal Highway, North-South Central Link, New Pantai Expressway (NPE), Jalan Bukit Kemuning ,Bukit Rimau Interchange and Lebuh Raya Kemuning Shah Alam(LKSA) Highway. 

Asking RM400K

Hubungi : En. Khairul PEA1352
RPSJ

Selasa, 21 Ogos 2018

Saiz 1208. Non-Bumi Lot. Apt. Damai Mewah, Kajang for sale

WTS
Blok C, Level 7
Corner Unit
Apartment Damai Mewah B
Taman Damai Mewah, Kajang
FREEHOLD
Non-Bumi Lot


Build Up:  1208 sqft
3 Rooms 3 Baths
1 Parking
Partially furnished - Kitchen Cabinets, Wet Kitchen, Grill

Price: rm260, 000

3min ke Surau Taman Jasmin
3min ke Kolej Vokasional Kajang
3min ke SMK Taman Jasmin 2
3min ke SK Taman Jasmin
4min ke access Lebuhraya SILK

Khairul (pea1352)
RPSJ
0125414096

Selasa, 7 Ogos 2018

Pening kepala penyewa xbayar Bil TNB ??

Pening kepala sebab Penyewa Lama tinggalkan Rumah dengan tunggakan Bil TNB mencecah ribu riban?

Ini panduan untuk Tuan Rumah agar perkara ini tak berulang kembali hingga menyebabkan kerugian.

Alhamdulillah sekarang pihak TNB memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan Tuan Rumah.


Skim ini membolehkan nama Penyewa didaftarkan dalam Bil TNB Bulanan menggantikan nama Tuan Rumah berikutan kes yang makin kerap berlaku kini.

Prosesnya seperti berikut:

1. Pertama. Tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.

Keperluan adalah sesalinan MyKad dan Surat Pengesahan No Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Kedua. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.
Keperluan:

a. Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tn Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula =)

b. Sesalinan MyKad Penyewa.

c. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.

d. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.

e. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.

Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. Ketiga. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.

Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Keempat. Penyewa berkenaan berpindah keluar.

a. Mohon Penyewa untuk ke Kios TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.

Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri =)

Tn Rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa.

Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak Tn Rumah. Kes yang kerap berlaku.

Melalui cara ini, no akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tn Rumah.

Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

Keep It Simple Stupid (KISS) =)

b. Tuan Rumah ulangi semula proses di atas untuk tujuan sewaan kepada Penyewa Baru.

Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua Tuan Rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh Penyewa Tidak Bertanggungjawab =)

Perkongsian daripada Group WhatApps Komuniti

Credit to Malaysian Response Team

Syarat-syarat pindahmilik Rumah kos rendah di Selangor


LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS),  2018 

Syarat-syarat pindahmilik hartanah kos rendah di Selangor

Term and condition of Selangor Low cost property transfer



1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Selangor.
2. Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula
(sub-sale).

3. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di jadual
di bawah :

Harga : RM 100,001.00 - RM 250,000.00 
Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan
RM7,000.00

Harga : RM 250,001.00 - RM 300,000.00
Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan
RM9,000.00

4. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) tidak memiliki sebarang rumah di Negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang.
5. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) hendaklah menetap atau bekerja dalam negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang.
6. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang/rela hati tanpa paksaan yang tiada hubungan kekeluargaan dan belian/pemilikan secara lelongan dari tarikh mementerai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun

Selain daripada kes di atas seperti pesaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, penerima masih perlu berdaftar dengan LPHS mengikut prosedur permohonan kebenaran pindah milik

Sabtu, 4 Ogos 2018

alhamdulillah.. listing rumah di sana tu sudah di pinang orang.. lambat juga nak terjual rumah ni..





alhamdulillah.. listing rumah di sana tu sudah di pinang orang.. lambat juga nak terjual rumah ni.. 
antara "bad" faktornya, depan rumah tu ada pili bomba... jadi saya sudah meminta tuan rumah utk mohon pihak bomba mengalihkan.. 
No automatic alt text available.
setelah berjaya dialihkan baru sy mula mendapat respon dan pertanyaan ttg rumah ni.. 
dan akhirnya berjaya dijual.. 

Image may contain: outdoor

pembeli yang datang booking semalam terus booking 3% dan loan sudah lulus.. pembeli ni sebenarnya telah booking rumah lain, tapi owner last minit xjadi jual. so terus booking rumah ni..

semoga urusan seterusnya dipermudahkan..

jual / beli hartanah??