Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Thursday, June 13, 2013

STRATEGI BELI HARTANAH BAGI 70% MARGIN LOAN

Bismillah..
assalamua'laikum w.b.t

Hari ni aku nak share 1 strategi yang aku guna dan mungkin korg boleh cuba praktikkan. Strategi ni nampak mudah tapi in shaa allah membantu korg yg tengah memerah pikiran utk merangka strategi membeli rumah ke3 dan seterusnya.. namanya REFINANCE 


Apa beza nya dengan Mark-Up harga?
Mark-up harga biasanya kita beli rumah dibawah harga pasaran dan mark-up ke Market Value.
Contoh
Terdapat beberapa keadaan dimana penjual jual rumah mereka lebih murah dari harga pasaran.. sebagai contoh kerana terdesak atau pencen dll.. Jadi penjual menjual aset mereka 10% dibawah harga pasaran.

Market value RM100,000.
Penjual yang kesuntukan masa akan jual 10% dibawah harga pasaran kerana ingin mendapatkan pembeli dengan kadar segera. Jadi harga yang ditawarkan ialah RM90,000.

Jadi korang sebagai pembeli akan memohon pinjaman @ RM100,000.
Bank akan memberi pinjaman @ 90% = RM90,000
so kat sini korang sudah untung.

Refinance pula..

Katakan kita berjaya membeli rumah dibawah harga pasaran contohnya dari acara lelongan hartanah.. nilainya katakan 20% dibawah harga pasaran. Selepas beberapa ketika nilai sudah naik maka kita bolehlah mohon untuk refinance aset kita mengikut harga pasaran. seterusnya dapat cash melalui perbezaan harga.

Contoh : MV property RM100,000.. harga berjaya Bid RM70,000.
So disini harga property ialah 30% dibawah nilai pasaran. Jadi selepas beberapa ketika kita boleh la mohon untuk refinance mengikut harga pasaran semasa.
RM100,000.. loan 90% = RM90,000
Tolak hutang lama @ Rm70,000.
so dapatlah RM20,000 cash...

Jika kuota membeli rumah 90% korang sudah penuh.. (da beli lebih dari 2 rumah) so loan bagi rumah ketiga ialah 70% sahaja. Disini game pelaburan hartanah korang perlu berubah..

korang perlu berusaha keras untuk mencari hartanah yang dijual dibawah nilai pasaran sebenar. Tujuannya nak meminimakan pengeluaran deposit / cash.

sebagai contoh jika korang berjaya beli rumah 30% dibawah harga pasaran ini bermakna korang akan dapat 100% pinjaman.. dengan syarat korang mark-up SnP.

Contoh :
Harga rumah RM70,000.. MV RM100,000...
apabila korang mohon loan @ RM100,000.. Bank akan luluskan @ 70% sahaja, bersamaan dengan RM70,000. Jadi korang sebenarnya dapat loan = 100%

Cuma kaedah ini korang xboleh guna untuk hartanah yang dibeli melalui acara lelongan. Hanya subsale / under-construction dengan kata lain kaedah ini boleh berjaya jika korang dapat Mark-up SnP.

wallahua'lam.

moga Allah merahmati kalian.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!