Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Ahad, 25 Oktober 2020

KHABIB THE EAGLE NURMAGOMEDOV

 Assalamu'laikum gaiss... 

Awal pagi tadi telah berlansungnya perlawanan UFC 254 kategori lightweight diantara Khabib The Eagle Nurmagomedov vs Justin Gaethje. 


Didalam perlawanan ini Khabib telah berjaya menewaskan Justin. 

kemenangan yg penuh emosi ini berikutan ini adalah perlawanan pertama khabib tanpa ditemani ayahnya yg telah meninggal dunia pada sekitar julai yang lalu akibat komplikasi covid19. Mari kita sedekahkan Alfatihah untuk almarhum ayah Khabib - AlFatihah  

Setelah diumumkan sebagai pemenang Khabib segera sujud syukur kepada Allah swt atas nikmat kemenangan ini.


Betapa kasihnya khabib terhadap ibu dan bapanya sehingga beliau terlalu sedih dan dilihat menangis setelah memenangi perlawanan..

Khabib ketika memulakan ucapan menyebut kalimah Alhamdulillah.. ini adalah suatu contoh yg baik kepada kita umat islam.. jangan sekali kita melupakan tuhan kita Allah yg maha esa walau dalam senang mahupun susah.. 

Dalam ucapan khabib juga, beliau turut mengumumkan persaraan beliau dari gelanggang professional. 

Khabib memberitahu beliau agak berat hati untuk bersetuju menyertai perlawanan ini, beliau mengambil masa 3 hari untuk memikirkannya..

Sepertimana janji beliau terhadap ibunya ini adalah perlawanan terakhir, maka beliau menunaikan janjinya.


Khabib juga berpesan kepada lawannya supaya menghargai ibubapa selagi masih ada.

Dia berkata, inilah janjinya kepada ibunya yang beliau tidak akan kembali ke gelanggang UFC.

“I'm the UFC undisputed, undefeated champion with a 13-0 record (in UFC), and 29-0 in all of my pro MMA career," he said after his win in Abu Dhabi.

Today I want to say this is my last fight. No way am I coming here without my father. When UFC comes to me about Justin I spoke with my mother for three days.

She didn't want me to fight without father and I said this is my last fight - and I have given her my word.

Thank you so much Justin. I know you are great, I know how you take care of your people. Be close with your parents, because you never know what is going to happen tomorrow. Thank you coach, thank you guys. Today is my last fight in the UFC.”



Perabot asrama secondhand BMT FURNITURE SDN BHD

Assalamua'laikum gaiss.. 

Alhamdulillah minggu depan perabot stok asrama secondhand akan tiba lagi di gudang BMT FURNITURE @ Persiaran Astana, Bukit Raja, Klang..

Insyaallah barang masih cun2 lagi.. dan dalam keadaan baik.. stok kali ni dari UiTM.. so barang gred Universti atau spesifikasi kerajaan ni biasanya lebih berkualiti dan tahan lama..

STOK KALI INI ADALAH SEBANYAK 150 UNIT

- TILAM SINGLE 4 INCI
- KATIL SINGLE DECKER + PLYWOOD
- ALMARI BESI KETINGGIAN 6FT
- RAK BUKU
- RAK KASUT
- WHITEBOARD
- SOFT BOARD
dan lain2

Jika anda berminat nak dapatkan perabot asrama sama ada untuk asrama pekerja, asrama pelajar atau rumah sewa boleh la contact kami di 018-2010 37 1 atau wasap je BMT FURNITURE SDN BHD <= klik sini

Meh kami belanja sket gambar.. 







Rabu, 21 Oktober 2020

Ya Allah bantulah kami dalam menghadapi ujian Mu..

Dugaan, cabaran sepanjang perjalanan.. ku pasrah.. ku akur.. Alhamdulillah syukur.. begitulah sebahagian dari bait2 lirik lagu Alhamdulillah oleh Too Phat..

Ketika ini di Malaysia, kita sedang menghadapi gelombang ke 3 wabak virus COVID19.. dimana sehingga semalam 20-10-2020 seramai 862 kes baharu jangkitan virus COVID19


ini amat membimbangkan kerana risiko kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semakin hampir pasti..

aku kini berada dalam kerisauan kerana, apabila PKPD ini semua pergerakan adalah dilarang.. kena 100% stay at home.. ini bermaksud perniagaan pun xdapat beroperasi melainkan perkhidmatan Essential / keperluan wajib..


Dalam situasi ini, jika kerajaan tidak memberikan bantuan kewangan termasuk moratorium pinjaman, kebanyakan SME bisnes tidak terkecuali kami di BMT Furniture akan menghadapi situasi sukar..
Gaji pekerja nak dibayar,
sewaan premis kilang pun kena bayar,
income xmasuk..
belum ditambah dengan lain-lain komitmen seperti ansuran rumah, ansuran kenderaan, belanja keluarga, belanja harian dan pelbagai lagi..


Kegiatan ekonomi akan lumpuh.. ramai orang akan dibuang kerja.. masalah jenayah mungkin akan naik kerana orang perlu survive apa sahaja untuk hidup..

Aku berdoa agar kerajaan tidak melaksanakan PKPD namun dalam masa yang sama kerajaan dapat mengawal penularan Covid 19 ini, serta aku berdoa agar Vaksin segera ditemui dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala

Marilah kita manadah tangan dan berdoa kepada Allah agar kita dapat mengelak dari terkena / menularkan lagi wabak COVID 19 ini.. #StayAtHome #KitaJagaKita
#Covid19
#Malaysia



Ahad, 11 Oktober 2020

BMT FURNITURE SDN BHD

 Assalamua'laikum gaiss.. 


Alhamdulillah bulan 10 ni bisnes BMT FURNITURE kami telah beralih sepenuhnya kepada entiti BMT FURNITURE SDN BHD.. yg mana sebelum ni perniagaan perabot kami adalah berjalan menggunakan entiti Bintang Maju Trades Enterprise.

Dengan menggunakan "vehicle" sdn bhd ni insyaallah BMT FURNITURE akan bergerak lebih jauh lagi. 

Co sdn bhd ni akan diurus dengan bantuan akauntan, auditor dan ejen cukai bagi memenuhi keperluan undang-undang yang terpakai di Malaysia. 

Insyaallah bila company kita comply dengan undang-undang.. kita dapat membesar dengan lebih pantas..  kita akan cuba dapatkan financing yg lebih besar bagi tujuan pembelian stok, pembukaan gudang2 baru bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan stok, pembelian mesin2 atau modal kerja.. juga kami akan membuat pembelian aset2 seperti hartanah dan saham

Semoga BMT FURNITURE SDN BHD dapat terus berkembang dan membukan peluang perkerjaan kepada ramai orang.

Doakan kami ya!