Info berkenaan Central Credit Reference Information System (atau nama glamernya CCRIS).
Assalamualaikum & salam sejahtera.. Harini saya plan nak berkongsi sket info berkenaan Central Credit Reference Information System (atau nama glamernya CCRIS )...rasa-rasanya masih ramai lagi pengguna di luar sana yang masih tidak jelas tentang apa itu CCRIS dan kaitan benda alah nie dalam kehidupan kita.. CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan me nggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan. Secara ringkasnya jika anda pernah membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara hatta beli TV melalui Aeon Credit sekalipon, maka nama anda tersenarai dalam CCRIS..memang tak buleh nak elak ye... Jadi apa kaitan data yang tersimpan dalam CCRIS nie dengan kehidupan kita? Sebagai contoh pada tahun 2010 anda telah membeli sebuah rumah...dan memandangka...