Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Selasa, 18 Jun 2013

Info berkenaan Central Credit Reference Information System (atau nama glamernya CCRIS).

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Harini saya plan nak berkongsi sket info berkenaan Central Credit Reference Information System (atau nama glamernya CCRIS)...rasa-rasanya masih ramai lagi pengguna di luar sana yang masih tidak jelas tentang apa itu CCRIS dan kaitan benda alah nie dalam kehidupan kita..

CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan. Secara ringkasnya jika anda pernah membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara hatta beli TV melalui Aeon Credit sekalipon, maka nama anda tersenarai dalam CCRIS..memang tak buleh nak elak ye...

Jadi apa kaitan data yang tersimpan dalam CCRIS nie dengan kehidupan kita? Sebagai contoh pada tahun 2010 anda telah membeli sebuah rumah...dan memandangkan ada rezeki lebih pada tahun 2013 anda bercadang ingin membeli sebuah kereta pula..jadi setelah permohonan pinjaman dihantar ke bank untuk diproses..pihak bank akan menyemak rekod bayaran rumah anda selama 12 bulan terdahulu bagi mengenalpasti samada anda merupakan seorang pembayar hutang yang bagus atau tidak

Jika rekod bayaran anda seperti dalam gambar, maka peratus untuk lulus pinjaman kereta tu memang sangat-sangat tipis..sebab jika ada tunggakan 3 bulan selama 3 bulan berturut-turut (rujuk Jun, Mei & April)..system bank secara automatik akan reject permohonan loan anda kecuali anda sertakan dokumen sokongan seperti seorang penjamin yang mempunyai rekod yang bagus atau Margin of Finance, MOF yang rendah..

Tapi ada yang bertanya..kalau saya pernah tertunggak bayaran pinjaman selama 3 bulan berturut2 dan saya tiada penjamin dan saya nak beli kereta secara FULL LOAN..apa yang perlu saya buat? Jawapannya tidak lain ialah anda perlu memperbaiki rekod pinjaman anda terlebih terdahulu sehingga tidak kelihatan dalam CCRIS. Sebagai contoh jika individu dlm gambar nie ingin membuat pinjaman kenderaan, dia perlu menunggu sekurang2nya sehingga bulan Mei 2013..

Rekod CCRIS nie anda boleh perolehi secara percuma di mana-mana cawangan Bank Negara yang berhampiran.



 Sumber : Kamal Auto Consultant

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!