Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Monday, June 16, 2014

Kuasa Tindakan menentukan kejayaan kita!

BISMILLAH...
PAGI NI AMBE SEMPAT MEMBACA MAJALAN ONLINE AO TRIBE majalah AO Tribe KELUARAN KUMPULAN SYARIKAT RICHWORKS

Dalam edisi kedua, AO tibe akan kongsikan 7 prinsip kejayaan Oprah Winfrey, seorang wanita yang telah diiktiraf menjadi salah satu wanita yang paling berjaya dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Antara yang menarik untuk Edisi kali ini:

  • Oprah Winfrey - 7 Prinsip Kejayaan
  • Lembu vs Bisnes
  • Kesihatan Adalah Kekayaan
  • 3 Kemahiran Pemimpin Jualan
  • Iphone 6 dan spekulasi
  • Berniaga dengan media sosial
  • 45 Perniagaan Anda Boleh Mula Dengan Modal Kurang Dari RM5,000
Anda boleh dapatkan Majalah Online ini secara Percuma dengan muat turun sekarang! 
www.aotribe.com.my Download sekarang!
Sebarang maklum balas boleh emelkan ke editor@richworks.com.my

 
[KISAH LEMBU]
Di dalam surah Al-Baqarah, bermula dari ayat
67-73, kita dibentangkan dengan sebuah kisah
bagaimana Allah ceritakan perihal Bani Israel dan
juga seekor lembu. Peristiwa ini berlaku pada zaman
Nabi Allah Musa alahis salam. Terdapat satu kes
pembunuhan sesama mereka dan dipendekkan cerita,
kecoh masyarakat Bani Israel dalam mencari siapa
pembunuh tersebut. Akhirnya Allah memerintahkan
mereka supaya menyembelih seekor lembu.
Di sini timbul soalan, kenapa mesti lembu? 
Pernahkah anda tertanya?

Sedar atau tidak, sebenarnya Allah nak beritahu
kepada kita bagaimana wajah sebenar Bani Israel.
Secara teorinya, kita semua sedia maklum bahawa
lembu adalah antara haiwan yang sangat senang
dan mudah untuk diperolehi jika nak dibandingkan
dengan haiwan liar yang lain. Allah perintahkan
mereka untuk mencari tanpa mengkhususkan jenis
dan rupa lembu tersebut.

Secara logiknya, manusia tidak memerlukan peralatan
yang banyak untuk mendapatkan seekor lembu. Tapi
apa yang Bani Israel buat? Mereka banyak soalan
dan bertanya. Lembu warna apa, jantan atau betina,
muda atau tua dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan
bahawa mereka sangat miskin tindakan tetapi mahu
keputusan segera.
Jadi, apa kaitannya dengan bisnes kita? Mari kita
tengok.


[BISNES KONTEMPORARI]
Alhamdulillah, kita sekarang berada di era kemajuan
dan kita bersyukur kerana Malaysia salah satu negara
yang tidak ketinggalan daripada menongkah akan
arus tersebut. Peluang untuk berbisnes sangat luas dan
sudah tidak seperti dahulu lagi. Terlalu banyak peluang
tersebut sehingga setiap usahawan itu mampu untuk
mulakan perniagaannya dengan perkara yang paling
mudah contohnya, membina kenalan dan hubungan
yang baik dalam FB Page sebelum berniaga barangan
atau menawarkan perkhidmatan contohnya kaunseling,
seminar, coaching dan sebagainya. Menariknya, semua
itu adalah PERCUMA. Tidak perlu ada kedai dan tidak
perlu kepada kos yang tinggi.

Malangnya, masih ada usahawan yang banyak
soalannya. Produk apa nak jual ek? Bila nak jual ek?
Ni menjual ni orang tak marah ke? Nenek approve ke
perniagaan saya ni? Ni kalau jadi jutawan nanti tak
takut ke?


Adakah anda nampak di mana kaitannya kisah
Al-Quran tadi dengan permulaan bisnes kita. Kuasa
sebuah tindakan sangat penting untuk kita pastikan
kejayaan yang kita mahu perolehi di penghujungnya.
Janganlah terlalu berfikir nak bisnes apa sedangkan
jutaan manusia di luar sana yang bermasalah dan
sangat perlukan penyelesaiannya daripada kita semua.
Ingatlah wahai sahabat sekalian, Allah sentiasa
lorongkan perkara yang mudah untuk kita semua.
Cuma menunggu manusia mana yang bijak untuk
merebut dan mencapainya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!