Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Tuesday, June 18, 2013

Prinsip MESTI ?

Assamua'laikum..

Secara jujurnya saya berkongsi didalam blog ini berkenaan hartanah adalah semata-mata ingin membantu rakan2 atau ahli keluarga utk bangun dan get involved dalam salah 1 instrumen pelaburan yang memberikan pulangan yang baik serta selamat..

Cukup2 lah kita ditipu oleh skim2 pelaburan yang "Too good Too Be True" yg memberikan jaminan pulangan yang sangat menguntungkan... akhirnya habis semua wang modal hangus dan lebih menyedihkan hutang pula bertambah...


Saya lebih gemar bidang pelaburan hartanah memandangkan saya belajar dlm bidang ini dan sepengetahuan saya bidang ini telah terbukti melahirkan ramai jutawan.

Kata sifu aku "Kebanyakkan orang kaya terlibat dgn Hartanah"

KENAPA IBU BAPA KITA (GENERASI SANDWICH HARI INI) TIDAK BELI RUMAH KAT BANGSAR DULU ? MURAH JER KAN ? TAPI SAYANG .. RAMAI IBU BAPA HARI INI BUAT KESILAPAN YANG SAMA DENGAN IBU BAPA MEREKA DAHULU.
NOTA : RUMAH TERES SATU TINGKAT DI BANGSAR PADA TAHUN 1971 BERHARGA SEKITAR RM18,000 YANG MANA HARI INI NILAINYA MELEBIHI RM1 JUTA.
JANGAN SENANTIASA MEMBERI ALASAN.. Bertindak segera

Sumber gambar : facebook.com/urusinsan



Namun xramai yg berminat..  sebab tidak mahu komitmen atau menanggung beban hutang (membeli rumah).. walaupun pada hakikatnya ianya kategori "good debt" dan jika hartanah itu disewakan ia mampu untuk mengurangkan beban hutang..





Sebenarnya kita kekurangan ilmu / jahil berkenaan aspek pengurusan kewangan / pelaburan / ekonomi etc.. Jika tidak masakan kita masih mempunyai masalah kewangan hatta bergaji RM10k sekalipun?


Jadi saya sangat menyarankan kepada kalian agar rendahkan sikap keegoan yg ada dlm diri bagi berjumpa dgn mereka yg pakar dan belajar berkenaan pengurusan kewangan / pelaburan dan lain2 yg membantu meningkatkan ekonomi / pendapatan bulanan kita.



Sifu saya selalu tekankan prinsip M.E.S.T.I Untuk berjaya!
apa itu prinsip MESTI?

M - Mentor : dalam dunia ni jika kita ingin berjaya dgn pantas, jalan short cut nya adalah kita mesti berguru / mempunyai mentor. Kerana mereka telah melalui suka duka terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan. Maka dengan pengalaman mereka ini kita gunakan dan tiru agar kita tidak mengulangi kesilapan2 bagi mencapai kejaayan.
p/s : salah 1 cara untuk mendapatkan / mendampingi org yg berjaya.. melalui laman sosial facebook =)
Banyak mentor2 ini sudi berkongsi beberapa tip2 yg membantu kita. Ambil lah inisiatif utk mencari dan request friend dgn mereka.. bergurulah dengan mereka.
Juga untuk berjaya mestilah mempunyai Matlamat yg jelas baru lah perancangan ke arahnya boleh dibuat. =)



E - Emosi + Ilmu : Emosi merujuk kepada semangat / perasaan yg kuat utk berjaya. perasaan ini penting utk menjana tindakan / usaha bagi memulakan perjalanan menuju kejayaan. Ditambah dengan ilmu yg mantap dlm bidang yg diterokai.. Ilmu hendaklah dituntut bukannya datang bergolek.. kita hendaklah berusaha mendapatkannya.. antaranya melalui seminar, kelas2, bacaan dan lain2. Dengan adanya ilmu, in shaa allah perjalanan menuju kejayaan semakin jelas dan mudah. melabur lah masa / wang / tenaga bagi mendapatkan ilmu / mendampingi mentor atau org yg sudah berjaya.
Ilmu tanpa amal adalah ibarat pokok yang tidak berbuah. 
“Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia.” (Al-Ghazali)


S - Sistem : untuk mencapai kejaayan / sampai ke destinasi yg kita impikan / matlamat. Kita memerlukan suatu sistem yg telah terbukti berkesan / berjaya. sistem2 ini kita boleh dapatkan dari mentor atau dari sumber lain2.. 

T - Tindakan : the power of action, klw kita ada ilmu ada segalanya tapi tiada tindakan maka kita xkan kemana2. Jadi kuasa tindakan hendaklah kuat.. ia nya boleh dijana oleh emosi yg kuat untuk berjaya / matlamat yg jelas ke mana arah destinasi yg ingin dicapai..

I - Istiqomah : Akhirnya kita hendaklah meneruskan perjalanan walaupun pelbagai dugaan melanda.. apabila matlamat telah di tetapkan kita teruskan berjalan.. buat lah suatu perkara itu berterusan walaupun sedikit..
Istiqomah menurut bahasa ertinya tetap teguh, terus menerus, konsisten atau teguh pendirian. Umar al-Khattab menjelaskan tentang istiqamoh dengan berkata:
“Istiqomah itu tetap menurut perintah mengikuti perintah dan menjauhi larangan serta tidak menyimpang daripadanya”
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Menurut keterangan daripada Syarah Sahih Muslim:
“Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah secara berterusan.”

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!