Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Tuesday, September 10, 2013

Harga Rumah terus melambung???


Hmm.. pendapat aku sendiri harga rumah akan terus meningkat ianya disebabkan oleh pertambahan populasi penduduk / rakyat Malaysia seiring dengan peningkatan populasi ini maka banyak2 tanah2 dibangunkan untuk dijadikan skim2 perumahan bagi memenuhi permintaan dan kenaikkan kos bahan binaan, buruh etc..
Tanah yang ada / belum dibangunkan juga semakin terhad..
Tempat tumpuan utama aktiviti ekonomi seperti bandar2 besar nilai hartanah meningkat dengan mendadak kerana mendapat permintaan yang tinggi disebabkan beberapa faktor seperti
1. Jarak yang hampir dengan tempat kerja
2. pelbagai kemudahan awam lengkap dan tersedia
3. gaya hidup
 etc..

Apa yang mampu kita lakukan ialah berusaha untuk membeli hartanah mengikut kemampuan kita dan susun serta perkemaskan profile kewangan supaya mudah mendapatkan pembiyaan daripada pihak bank untuk membeli hartanah.

Jika tidak mampu membeli dibandar beli lah dikawasan pinggir bandar.. sebagai contoh dulu aku xmampu membeli rumah dikawasan KL, PJ, Subang so aku mencari hartanah di kawasan Puchong, Shah Alam atau Klang..

Apa2 pun kita perlu bijak dalam mencari peluang.. dan sentiasa upgrade ilmu serta pengetahuan berkenaan hartanah..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!