Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Khamis, 18 Mac 2010

TIPS : PROSES RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

1. Membayar tempahan, biasanya 2-3% daripada harga rumah. Peguam akan menyediakan dokumen perjanjianjual beli. Resit dan surat tawaran untuk membeli rumah akan diberikan.

2. Dalam tempoh 14hari, pihak peguam akan memanggil penjual dan pembeli akan dipanggil bagi menandatangani surat perjanjian jual beli (SnP Agreement / SPA), sekiranya gagal disebabkan pembeli (sama ada pinjaman tidak lulus / menarik diri), wang tempahan dikira hangus. Jika disebabkan penjual, pembeli boleh memaksa penjual untuk meneruskan proses jual beli atau mendapatkan semula wang tempahan (sila rujuk surat tawaran).

3. Pembeli perlu membayar baki deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani kepada penjual. Total jumlah deposit adalah 10%

4. Bagi kes yang membabitkan urusan dengan pejabat tanah atau kerajaan negeri, contohnya yang memerlukan kelulusan atau perlepasan / kebenaran pindahmilik seperti PAJAKAN / REZAB MELAYU etc. akan diuruskan oleh peguam. Selepas kelulusan diperoleh, barulah urusan menyelesaikan pembayaran diambil kira. Jika hartanah tidak memerlukan kelulusan atau perlepasan, tempoh pembayaran dikira dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.

5. Pembeli mesti menyelesaikan baki harga rumah (biasanya 90%) dlm tempoh 90 hari (3bln). Sekiranya gagal, pembeli diberi masa tambahan 30 hari (1bln) dengan faedah dikenakan keatas pembeli yang dikira secara harian. Jika gagal disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman maka deposit berjumlah 10% dikira hangus.

6. Selepas bayaran penuh dibuat, pembeli boleh mengambil alih hartanah.

sumber:- Berita Harian, khamis 1 okt 2009