Air yang bertakung akan rosak - Dr.MAZA
salam Jumaat.. Sayyidul ayyam (penghulu segala hari).. Hari ini aku nk berkongsi petikan daripada penulisan Tuan Guru yg amat dikasihi kerana Allah Dr. Maza mudah2an kita dapat membuka minda kita dan mengambil manfaat darinya.. "Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan . Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan . Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal . Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak . Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi." bagi aku sangat mendalam maksudnya.. untuk mencapai sesuatu matlama...