Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Thursday, December 31, 2015

PERKHIDMATAN SUBLETTER : Bukan sekadar untung atas angin!

Guna khidmat Subletter vs Sewakan sendiri??
Saya kongsikan dgn anda kenapa khidmat subletter perlu dipertimbangkan!

[ PERKHIDMATAN SUBLETTER ]

Biasanya jika menggunakan khidmat subletter, sewa diterima akan lebih rendah dari pasaran..


Pengusaha Sublet memerlukan sekurang2nya rm250/rm300 profit margin bagi segala usaha dan risiko yg dihadapi beserta overhead cost monthly & kos pembelian furniture..


Tuan rumah jika sekli pandang mmg nampak mcm rugi guna khidmat sublet.. tetapi lihat dari skop yg lebih besar..
.
.
Sbg Contoh sewa pasaran rm1000..
Bagi tempoh 3tahun.. kebarangkalian menukar penyewa adalah paling tidak 3x... iaitu setiap tahun..

fees ejen hartanah katakan x 3..
kos2 repair dan maintenance katakan ambil 3bln..
kemudian kebarangkalian unit kosong dlm tempoh 3 tahun tu, 3bulan..
.
.
Total income lost disini kita genapkan 9bulan (rm9000)

Jumlah yg dapat rm1000 x 36bulan = rm36k
Tolak lost rm9k = rm27k

Rm27k / 36bulan = RM750..
.
.
.
Maksudnya anggaran sewa bulanan bagi tempoh 3tahun itu sebenarnya rm750 sahaja!!

Dengan penat lelah.. kos masa.. kos minyak..

Lebih baik lah guna khidmat subletter.. bagi dorg sewa rm750 / rm800 sebulan

Tuan2 rumah terus fokus kerja Hakiki dan terus fokus membeli hartanah!

Sekian,

MKNK

Sunday, December 27, 2015

PELAJARAN CASHFLOW 101 - Cahaya Mata

Sahabat saya Dr. Nasrullah berkongsi tentang pelajaran yang dapat diambil daripada permainan boardgame CASHFLOW 101.. Cahaya Mata..

.
.
Saya tambah sharing...

seperti didalam boardgame CF 101, kos bagi seorang anak akan berbeza mengikut jenis profession. Jika anak high income earned. Kos expenditure anak juga tinggi.. menyebabkan pemain takut utk "menambah" anak.. sebab setiap pertambahan anak akan mengurangkan cash-in-flow bulanan ^^

Same in real life.. daripada susu cheap vs expensive.. pampers vs lampin washable , nursery vs jaga sendiri.. taska.. school govt vs private smpai la ke universiti..

pastinya ibu bapa akan cuba memberikan yang terbaik utk cahaya mata mereka..

Namun disini lah memerlukan kebijaksanaan kedua ibu bapa dlm mengatur strategi.. jangan keterlaluan.. biarlah bersederhana.. bukan soal kedekut atau berkira dengan anak..



BUKAN MAKIN BESAR PERIUK.. MAKIN BESARKAN KERAKNYA... doktrin yang telah terpahat dalam minda sebegini harus diubah.. uruslah sumber cashflow dengan baik..

Financial management skill are very crucial.. to optimize and deligate income well and produce more wealth.. maintain good health.. enjoy happy family.. perform worship to Allah.. do more zakat/charity..

end up sampai kepada objektif kaya dan berjaya fid dunia wal akhirat!
.
.
Subhanallah dengan kehadiran cahaya mata Rezeki juga bertambah2..

Tapi anak2 kecil ni adakalanya agak penat juga melayan karenahnya.. adakalanya seronok melayan.. comel..

Mcm makan cili pula.. pedas tapi sedap ^^

Amin. Insyaallah!


Sunday, December 6, 2015

Hartanah Mampu milik vs Mampu Milikkan Hartanah

Assalamua'laikum dan salam sejahtera!

Seringkali kita mendengar pelbagai rungutan berlegar-legar disekitar kita isu panass iaitu HARTANAH MAMPU MILIK.

Ya sebagai rakyat sememangnya kita mengharapkan agar Kerajaan menjalankan Fungsinya dengan membekalkan lebih banyak hartanah mampu milik kedalam Pasaran agar kita sebagai rakyat marhaen dapat menikmati kediaman sebagai tempat beristirehat, berteduh dengan selesa dan berlindung dari marabahaya sekaligus mewujudkan budaya / suasana sosial yang sihat kerana keperibadian kita dibentuk bermula dari kediaman..

Dari kediaman yang tenteram, selesa, aman ini kita percaya ia akan melahirkan masyarakat yang penyayang, maju, pintar dan berjaya.. Bukan sahaja berjaya didunia.. malah diakhirat juga!

Ok cuma masalah kita disini... bukan tidak ada rumah mampu milik yang disediakan oleh pihak kerajaan.. contohnya seperti projek PR1MA, RUMAWIP, dll

Harganya lebih murah jika dibandingkan dengan hartanah sekitar iaitu sekitar RM300k sahaja bagi sebuah apartment

persoalannya dengan harga sekitar RM300k jika kita mengambil pembiayaan 90% bagi tempoh 30 - 35 tahun, anggaran ansuran bulanan sekitar RM1350
Dengan bayaran ansuran RM1350 ini jika diperhatikan kebanyakan golongan muda masih menganggap ianya diluar kemampuan! 

kerana apa?? 
Salah satu faktornya ialah kerana ketidakcekapan kita dalam menguruskan kewangan peribadi secara berhemah..
 
Antara puncanya ialah kerana kegagalan kita mengawal emosi, ego dan nafsu serakah orang muda yang begitu membuak2.. semuanya ingin dibeli.. pantang ada jualan murah.. pantang kawan menunjukkan kereta baru.. pantang tengok kereta sport.. super bike.. kita pun mahukannya!
Apa sahaja sanggup dilakukan demi memenuhi impian dan nafsu ataupun minat! Personal Loan dilanyak habis.. kredit kad dilanyak max dan sebagainya...
akhirnya.. kita gagal merebut peluang untuk mendapatkan hartanah dibumi bertuah ini.. terutamanya Lembah Klang!
Seharusnya kita perlu lebih bijak dalam mengawal dan mengatur strategi kewangan kita agar kita dapat mengharungi kehidupan dengan lebih baik dan tersusun seterusnya dapat memfokuskan kepada kejayaan dunia dan akhirat!
ingat balik tujuan hidup kita apa?
Firman Allah SWT :
pengertian-ibadah clip image001 0000
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)
Mulakan lah dengan memperbanyakkan membaca buku2 kewangan.. menghadiri majlis2 ilmu.. dan sebagainya! Upgrade diri kita.. jangan biarkan diri kita terus terleka.. 
Tidak ada cara lain untuk mula membeli hartanah... pertama2nya ialah membuat persediaan.. maksudnya dari segi fizikal dan mental.. kenalpasti kekuatan kewangan kita.. mulakan menyimpan wang sedikit demi sedikit! Sampai disatu tahap, kembangkan wang kita melalui pelaburan.. kerana jika kita menyimpan terlalu lama.. kita akan "penat".. penat sebab apa?? sebab wang kita akan habis digunakan sedikit demi sedikit dibelanjakan atas pelbagai tujuan!