Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Jumaat, 30 Ogos 2013

RUMAH LELONG =)

Bismillah.
Salam sayyidul ayyam.. =)

Allah humma solli a'la sayyidina Muhammad!

Hari ni aku nk citer sket pasai lelongan.. bagi yg xtaw, salah satu cara untuk mendapatkan hartanah (subsale / pasaran sekunder) adalah melalui acara lelongan.. Biasanya pembeli mensasarkan utk mendapatkan hartanah sekurang2nya 20% below market value.

DAPATKAN ILMU LENGKAP RUMAH LELONG!!




Pada masa ini terdapat banyak agensi pelelong yg mengadakan aktiviti lelongan awam.. selain tu korang boleh juga dapatkan hartanah melalui lelongan sama ada di pejabat tanah atau mahkamah tinggi. Beza tempat lelongan ini adalah berdasarkan geran sama ada hartanah yg telah ada geran individu atau dibawah geran induk


Proses lelongan rujuk or Klik gambar dibawah : 


APA YG PERLU KORANG BAWA SEMASA HARI LELONGAN??


Sumber listing lelelongan korang boleh dapatkan di website auctiondata atau lelongtips atau korang boleh dapatkan dari akhbar tempatan atau di bank2 atau dibuletin board Mahkamah tinggi or pejabat tanah..

bagi maklumat listing di website auctiondata atau lelongtips atau auctioncabel.com dan banyak lagi..
korang perlu subscribe untuk dapatkan maklumat hartanah lelong.

BAGI YANG INGIN MENJIMATKAN KOS LANGGANAN, ANDA BOLEH BERKONGSI YURAN (FEE) DENGAN SAYA.. SMS OR CALL SAYA 012-541 4096


Sebelum korang menyertai lelongan pastikan korang dapatkan 
PROCLAMATION OF SALE, MEMBACA SYARAT JUALAN, MELAWAT HARTANAH LELONGAN (estimate kos repair, cek penghuni etc), SEMAK BIL2 DAN CUKAI SERTA FEE MAINTENANCE sama ada terdapat tunggakan atau tidak..  

P/S : Bulan ni (8/2013) da 4 kali masuk lelongan tapi semua kalah kiki2..
xpe in shaa allah terus mencuba =)

1 ulasan:

Unknown berkata...

Nak tanya sikit pasal latest news nih....
GST dalam pembelian hartanah...boleh cerita tak pasal nih?

saya dapat tahu ada seminar yang ini..PROSIDUR LELONG HARTANAH MALAYSIA pada 21/6/2014 di Dewan Baiduri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya. Penganjurnya Sekretariat TUNAS (Tanah dan Ukur Negara Untuk Awam dan Swasta), Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN). Boleh refer dalam website rasmi kerajaan : www.instun.gov.my
Topiknya menarik juga 1) tatacara Lelong Hartanah Pejabat Tanah 2) Tatacara lelong Awam Mahkamah Tinggi 3) Percukaian dan Aplikasi GST dalam Urusniaga Hartanah 2015. Yang ini menarik..GST..satu yang baru.
Kalau nak call, boleh call 011-23434740/45 Mejar (B) Azmi Rahman-Pendaftar TUNAS. saya tak berapa faham nak tanya apa. Boleh tolong semakkan.
kalau ok saya nak pergi...Sekia..TQ ya

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!