Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Jumaat, 18 Oktober 2013

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Bismillah..

Apabila sudah terlibat dengan Pelaburan Hartanah korang kena lah ambil tahu banyak benda beb.. antaranya Market Value (Nilai pasaran)..

KORANG NK TAW APA DEFINISI MARKET VALUE / NILAI PASARAN?


JAWAPANNYA : NI SY RUJUK DI INTERNATIONAL VALUATION STD.


JAWAPAN DARI WIKIPEDIA :  "the estimated amount for which a property should exchange on the date of valuation between a willing buyer and a willing seller in an arm’s-length transaction after proper marketing wherein the parties had each acted knowledgeably, prudently, and without compulsion." - SILA KLIK



Maksudnya nilai pasaran ni adalah anggaran nilai harga yang munasabah utk dipindahmilik
1. mesti ada penjual dan pembeli
2. penjual dan pembeli tiada hubungan sama ada kekeluargaan / sahabat etc
3. dipasarkan di pasaran terbuka dan pemasaran yang cukup
4. kedua pihak mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan hartanah / perundangan etc
5. kedua pihak tiada paksaan

biasanya nilai pasaran yang munasabah ini ditentukan oleh Para Penilai yang bertauliah dan berdaftar dengan
Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia
korang yg nak menyemak anggaran nilai pasaran boleh menghubungi mana firma yang berdaftar

Kebiasaannya setiap bank mempunyai beberapa panel firma penilaian yang memberikan nasihat dan laporan penilaian berkenaan nilai sesebuah hartanah yang ingin dibiyaai oleh bank tersebut.. atau dengan kata ringkasnya jika seseorang itu berhasrat untuk mendapatkan pinjaman, katakan Harga Rumah Rm100,000/-
bank akan mendapatkan nasihat daripada panel penilai adakah nilai tersebut munasabah atau lebih rendah / tinggi.  Sebagai contoh jika nilainya lebih rendah katakan RM90,000 Jadi pihak bank akan memberikan pinjaman mengikut laporan tersebut iaitu sebanyak 90% sahaja = RM81,000.

Jika pembeli ingin mendapatkan pembiyaan dari perbendaharaan Malaysia (pinjaman perumahan kerajaan), maka sewajarnya merujuk dahulu dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kem. Kewangan (JPPH) untuk mendapatkan anggaran nilaian.

Jadi selepas ini jika korang berhasrat untuk membeli hartanah pastikan korang semak dahulu harga yang penjual letakkan sama ada dibawah harga pasaran / lebih.

Kalau korang dapat dibawah harga pasaran, alhamdulillah =) rezeki..


wallahua'lam

2 ulasan:

abgbest berkata...

bagaimana hendak tahu nilai anggaran hartanah Tanah rumah , selain dari bank..adakah website2 tertentu yg bolih membantu offhand.


TQ

Jazzy berkata...

Bagaimana pula contoh jika nilainya lebih tinggi?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!