Pelabur hartanah punca kenaikan harga hartanah??
Bismillah.. Hari ini saya ada terbaca status sahabat di FB.. perbincangan yang bagus.. 1- pelabur hartanah menyebabkan harga hartanah naik melambung tinggi. Kesannya ramai orang yang kurang mampu terus tidak mampu memiliki rumah sendiri - Saya tidak bersetuju.. ia perlu dilihat dari skop yang luas.. kenaikan harga hartanah khususnya dibandar utama (Penang, Lembah Klang, Johor) adalah berasaskan kepada peningkatan ketara kos barangan dan perkhidmatan di pasaran seperti kenaikan kos minyak dan bahan mentah pembinaan dan lain2. - Ia juga disokong oleh demand populasi migrasi penduduk luar bandar ke bandar2 utama bagi mencari rezeki & disokong oleh factor peningkatan populasi (refer statistik populasi dan refer jumlah graduan yang graduate setiap semester) - faktor tanah yg semakin terhad (scarcity)...