Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Rabu, 30 April 2014

Pelabur hartanah punca kenaikan harga hartanah??


Bismillah..

Hari ini saya ada terbaca status sahabat di FB.. perbincangan yang bagus..


1- pelabur hartanah menyebabkan harga hartanah naik melambung tinggi. Kesannya ramai orang yang kurang mampu terus tidak mampu memiliki rumah sendiri
-          Saya tidak bersetuju.. ia perlu dilihat dari skop yang luas.. kenaikan harga hartanah khususnya dibandar utama (Penang, Lembah Klang, Johor) adalah berasaskan kepada peningkatan ketara kos barangan dan perkhidmatan di pasaran seperti kenaikan kos minyak dan bahan mentah pembinaan dan lain2.

-          Ia juga disokong oleh demand populasi migrasi penduduk luar bandar ke bandar2 utama bagi mencari rezeki & disokong oleh factor peningkatan populasi (refer statistik populasi dan refer jumlah graduan yang graduate setiap semester)

-          faktor tanah yg semakin terhad (scarcity) juga turut menyumbang.

-          Polisi kerajaan seperti membekukan RPGT pada tahun 2007 – 2010 juga antara penyebab kenaikan kerana dlm tempoh tersebut pindahmilik hartanah begitu aktif (rujuk Laporan pasaran harta, NAPIC) etc.

-          Polisi bank juga memain peranan dlm menyokong kenaikan harga hartanah seperti syarat sebelum ini tiada sekatan LTV 70% utk rumah ke3, kadar faedah yang rendah, no lock in period etc..

Sebenarnya jika dilihat dari skop yang luas.. berapa ramai pembeli yg membeli bagi tujuan pelabur hartanah klw dibandingkan dgn genuine buyer?
Ilmu pelaburan hartanah yg byk dikongsi sama ada dari seminar, buku etc sgt bagus kerana membantu meningkatkan penguasaan bumiputera dlm pegangan asset dan perancangan kewangan yg lebih effisien.

Suka atau tidak harga hartanah pasti terus meningkat.. sama ada cepat atau perlahan sahaja..
Jangan mengalah.. cari ilmu.. mantapkan ilmu pengurusan kewangan.. aturkan strategi dan cuba lah dapatkan unit-unit yang berada dlm kemampuan seperti apartment2 yang dlm lingkungan RM100,000 ke RM200,000 dulu. bagi yang sedikit berkemampuan sy tidak galakkan membeli hartanah kos rendah..
Beli Landed property dikawasan pinggir-pinggir bandar yang masih murah..


2- Mereka yang beli rumah lelong mengambil kesempatan keatas mereka yang sedang dalam kesulitan. Sepatutnya kita perlu bantu mereka

-          Bergantung pada niat..

-          reserve price = market valuer (utk lelongan pertama).. biasanya property yg berada dikawasan hot akan dibid hingga melebihi MV pun ada sebab sukar nak dapat dipasaran. Kat sini pemilik hartanah untung la dpt extra cash..

-          bagi property yg xbegitu baik (byk rosak), not good location, less demand biasanya pembida akan tunggu utk lelongan seterusnya kerana jika beli pd harga pasaran tapi kondisi rumah tidak bagus atau lokasi suam baik mereka cuba cari direct terus dgn owner atau via agent.. tanpa masuk bid..
sebenarnya pasaran lelong boleh mencerminkan genuine market.. kat situ boleh lihat actual harga sepatutnya atau demand

selain itu membeli rumah lelong bukan lah perkara yang boleh diambil mudah.. ada banyak perkara yang bakal pembeli perlu lihat antaranya
  1. Terpaksa mengeluarkan deposit 10% / 30% (jika telah membeli lebih dari 2 hartanah)
  2. Risiko deposit hangus kerana loan xlulus
  3. Lawyer fee. Anggaran kasar 5% dari harga rumah
  4. Kos baik pulih rumah / renovation
  5. Lain-lain kos seperti tukar nama untuk utiliti (TNB, Syabas, IWK) pemasangan/penyambungan meter air, wiring inspection (rumah yang dah lama tinggal & meter elektrik telah tiada). kos menghalau/mengeluarkan penyewa/penghuni/pemilik lama, kos membayar ansuran bulanan walaupun belum dapat hasil sewa / penghuni masih berdegil xmahu keluar.. 
  6. Penalty interest yang oleh pihak bank bagi extension sekiranya tempoh completion (120hari) gagal dipenuhi
Jika dilihat dari risiko / kos yang terpaksa dikeluarkan oleh pembeli rumah lelong.. tiada istilah mengambil kesempatan.. malah sebenarnya secara tidak langsung telah membantu si berhutang menyelesaikan masalahnya..

sedangkan pemilik lama sudah boleh lega kerana hutang dengan bank telah berkurang atau selesai kerana aset telah dibeli oleh pembeli melalui lelongan. Pemilik tidak perlu memikirkan kos membaik pulih / menanggung tunggakan maintenance / membayar yuran professional ejen / peguam etc..
3- Beliau telah jual rumah beliau kepada orang yang beliau rasa lebih memerlukan berbanding beberapa orang lain, walaupun harga tawarannya mungkin rendah sedikit demi membantu oang yang memerlukan rumah tempat kediaman.

-          Niat yang murni. Wajar dicontohi..





1 ulasan:

m.esa.ro berkata...

Terima kasih Tuan kerana memberi pendapat dan pandangan atas kesulitan yg saya hadapi. Jazakallah

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!