Pagi ini sempat aku membaca buku INSPIRASI KAYA & BERJAYA (SIRI 1) Hasil nukilan mentor kesayangan ramai Dr. Azizan Osman yg ditulis oleh penulis hebat saudara Aqif Azizan.. memang sentap beb..
apa yang saya boleh kongsikan yang saya rasakan insyaallah mendatangkan manfaat kepada korang ialah...
Pernah xkorang dengar keluhan "andaikata aku mampu mengalih masa 5 tahun lalu, pasti aku berjaya ubah hidup aku hari ini..."
menurut penulis hanya segelintir manusia yang hidup penuh dengan kekayaan, kejayaan dan ketenangan faham tentang erti tindakan untuk Berubah. Kebanyakannya mengambil keputusan untuk melihat orang lain yang berubah.
tambah penulis lagi... Namun selepas melihat kejayaan yang dikecapi oleh orang lain, kita mula menyalahkan masa. Kita meletakkan harapan seperti "Kalau aku ikut si dia 5 tahun lalu, pasti aku akan berjaya sepertinya."
Harapan hanya tinggal harapan. Segala yang terjadi akan berubah kembali.. Elakkan daripada menyesal kerana tidak bertindak bagi mengubah kehidupan. Sekiranya kita mahu berubah menjadi kaya, maka saat ini adalah saat yang terbaik untuk melakukan tindakan pertama..
Sedikit tambahan... dari sumber : ustaznaim.blogspot.com
Perkataan ‘KALAU’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak.
Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang ialah: apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.
Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan, sebagaimana dalam hadis sahih muslim menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”

kenapa ‘kalau’ membuka pintu syaitan? kerana:
1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.
Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan: ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu yg baik. maka ia dibolehkan menyebut ‘kalau’.
Sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan ‘kalau’ untuk mengajar.
-Firman ALLAH maksudnya “Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini.”
-Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: “Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka”
Anda mampu mengubahnya!
Keep Positive!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!