Assalamua'laikum wbt,
Sebagai ejen hartanah, saya berhadapan dengan pelbagai jenis hartanah untuk dijual atau disewakan. Terdapat pelbagai rupa bentuk dan keadaan hartanah.. ada yang kemas dan ada yang tidak kemas, bersepah, tidak teratur.. Ok saya kongsikan kepada anda beberapa tips supaya hartanah anda boleh menarik minat pembeli untuk membeli hartanah anda.. terutamanya ketika berada dalam keadaan pasaran yang sedikit mencabar ketika ini.
Menjual Rumah Tidak Terurus
Kita biasanya akan terjumpa dengan banyak rumah yang diiklankan untuk dijual tetapi keadaannya tidak mampu menarik minat pembeli kerana faktor-faktor seperti rumput yang panjang, cat yang kusam, reput dan kotor.. Pendek kata tiada seri atau aura!
Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan pembeli yang sedang shopping untuk mendapatkan hartanah bagi kegunaan sendiri?? apa yang akan bermain difikiran mereka??
Baiklah untuk menarik minat pembeli anda haruslah menyediakan hartanah anda sebaik mungkin.. bukan bermaksud anda perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Tapi cukup sekadar bersih, kemas dan berkeadaan baik!
Baiklah untuk menarik minat pembeli anda haruslah menyediakan hartanah anda sebaik mungkin.. bukan bermaksud anda perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak. Tapi cukup sekadar bersih, kemas dan berkeadaan baik!
Bersihkan
Anda harus membersihkan hartanah anda agar ianya nyaman untuk didiami pembeli kelak. Sebaiknya bersihkan rumah anda setidaknya seminggu sekali.
Mengecat
Manusia sememangnya suka akan kebersihan dan keindahan serta kedamaian.. Apabila anda ingin menjual hartanah anda dengan pantas, pada harga tawaran anda.. Lakukan sedikit magis, bermain dengan warna cat yang menarik, agar dapat menarik minat pembeli.. ini penting kerana rumah dengan cat yang baik akan nampak lebih segar dan mudah menyentuh emosi dan psikologi pembeli. Ianya tidak memerlukan modal yang besar, anda harus bijak.
Ubahsuai
Jika anda mempunyai sedikit modal tambahan, anda boleh memikirkan untuk membuat ubahsuai seperti tambahan ruang "Main Floor Area" (MFA). Dengan bertambahnya keluasan lantai utama bangunan anda maka nilainya akan turut meningkat. Modal atau kos ubahsuai yang dikeluarkan boleh menaikkan nilai hartanah anda.. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memasang kabinet dapur.. Harus diingat kaum ibu ini biasanya mempengaruhi kaum ayah dalam membuat keputusan membeli hartanah...
Spot area yang menjadi keutamaan mereka ialah kawasan dapur.. Jadi jika dapur anda bersih, kemas dan cantik siap lengkap dengan kabinet terbina "Built-in" pasti akan membuatkan kaum ibu terpikat!
awas! jangan melakukan ubahsuai yang terlalu ekstrim atau melampau.. ingat, citarasa anda tidak sama dengan citarasa pembeli!
Penggunaan Khidmat Ejen Hartanah
Bagi menjimatkan masa, wang dan tenaga anda didalam mendapatkan pembeli idaman.. suka saya mencadangkan anda menggunakan khidmat ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah anda boleh menyemak no pendafaran mereka disini (Sila Klik).
Ejen hartanah ini, biasanya adalah mereka yang mahir didalam memasarkan hartanah, mempunyai pengetahuan tentang pasaran dan membantu anda didalam melayan karenah pembeli.
Biasanya mereka akan menguruskan hartanah anda daripada proses mengiklankan hartanah anda di mana2 medium yang boleh digunakan untuk mencapai akses kepada prospek pembeli sama ada medium online atau offline. Kemudian mereka akan melayan karenah pembeli.. setelah mendapatkan pembeli yang benar serius, mereka akan menguruskan pula dokumen bagi mendapatkan pembiayaan bank dan seterusnya berhubung dengan peguam bagi proses menandatangani perjanjian jual beli.
Biasanya ejen hartanah dibayar semasa pembeli dan penjual menandatangani perjanjian jual beli. Jika mereka gagal mendapatkan pembeli, kebiasaannya tiada caj dikenakan.
Hubungi saya jika anda ingin menjual hartanah anda disekitar SHAH ALAM, KLANG, Setia Alam, Subang, Puchong 012-5414096
Biasanya ejen hartanah dibayar semasa pembeli dan penjual menandatangani perjanjian jual beli. Jika mereka gagal mendapatkan pembeli, kebiasaannya tiada caj dikenakan.
Hubungi saya jika anda ingin menjual hartanah anda disekitar SHAH ALAM, KLANG, Setia Alam, Subang, Puchong 012-5414096
Tips Menjual Rumah pada harga Idaman anda :
- Tidak perlu menjelaskan alasan kenapa anda berhasrat menjual hartanah anda..
- Anda perlu memahami harga pasaran di kawasan tersebut. Jangan terlebih emosi dan tamak. Realistik dengan harga dan keadaan pasaran.. Jika tidak hartanah anda sememangnya sukar dijual. Ini akan merugikan masa, wang dan tenaga
- Kemukakan kelebihan rumah anda. Seperti ubahsuai, cat baru, kawasan kejiranan, kemudahan awam dan lain2
- Tunjukan rasa cinta Anda pada rumah. Daripada penelitian yang dibuat, membuktikan jika ada ikatan emosional antara penjual dengan barang yang dijualnya maka ianya akan lebih cepat laku dan mampu mendapatkan harga idaman.
Oklah sekadar ini dulu perkongsian saya kali
ini... doakan saya supaya maju dalam perniagaan hartanah ya!
ini... doakan saya supaya maju dalam perniagaan hartanah ya!
1 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian anda. Anda juga boleh baca articel tentang tips beli rumah pertama di sini!
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!