:: Anak Muda ketahuilah... Kota Rom bukan dibina dalam sehari ::
:: Anak Muda ketahuilah... Kota Rom bukan dibina dalam sehari ::
Kredit : Blogspot Zainam Ahmad
Kota Rom bukan dibina dalam sehari,
Keteguhan Collosseum bukan binaan mudah,
Keunggulannya dikagumi hingga ke hari ini,
Aspek kesenian terserap di sana sini.
.
.
Kota Rom tidak dibina dalam sehari,
Begitu juga kejayaan bukan datang berlari,
Usaha dan kecekalan perlu selalu ada,
Kerana kejayaan sentiasa menuntut masa.
.
.
Kota Rom bukan terbina dalam sehari,
Begitu juga kejayaan bukan dengan sepetikan jari,
Tuntutan masa menentukan segala,
Perlu ada doa dan keikhlasan setiap ketika.
.
.
Kota Rom tidak terbina dalam sehari,
Demikian juga halnya dengan kejayaan diri,
Setiap masa dan ketika ada harga tersendiri,
Dan akan ternilai pada suatu hari nanti.
.
.
Kota Rom tidak dibina dalam sehari,
Kejayaan hidup menuntut hari,
Masa, usaha, keyakinan dan restu ilahi,
Pasti akan tercapai suatu ketika nanti.
.
.
Kota Rom bukan dibina dalam sehari,
Bukti pentingnya masa dalam usaha diri,
Bukan seminit dua bukan sekelip mata,
Kerana setiap yang hebat itu sentiasa menuntut masa.
.
.
Kalau kau sedang berusaha,
Biar dipijak sang gajah afrika,
Biar ditendang kanggaru Australia,
Biar disondol lembu india,
Biar dikata orang sini sana,
Genggam segera semangat diri,
Teruskan dan jangan berhenti,
Kerana percayalah bahawa,
Kota Rom tidak terbina dalam sehari.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!