AMARAN : Jangan melabur membuta tuli!
Ya. Saya ulang jangan melabur membuta tuli nanti duit anda terbakar hangus! Anda kecewa dan menangis sendu di bucu katil!
Sebelum melabur sila tanamkan kemas2 asas pelaburan..
Bermula dengan memahami maksud pelaburan itu sendiri..
yakni menangguh penggunaan wang atau mengeluarkan sejumlah wang pada masa kini untuk sesuatu tujuan dengan harapan mendapatkan suatu pulangan pada masa hadapan
.
.
Faham?
Ok xfaham.. gini mudahnya, Saiful melaburkan sejumlah wangnya RM1,000 ke dalam instrumen pelaburan unit amanah ASB.
Setelah setahun duitnya dilaburkan, ASB isytihar dividen 8%.
Bermaksud selepas setahun saiful melaburkan wangnya, kini wangnya menjadi RM1,080.
Saiful telah mendapat keuntungan berjumlah rm80.
.
.
Faham?
Saya harap anda faham.
Jadi apabila anda ingin melaburkan wang anda. Pastikan anda mengambil kira toleransi risiko & jangkamasa yg munasabah bagi mendapatkan keuntungan.
Sebagai contoh, mengambil kira toleransi risiko ditahap minimum, pelaburan di ASB boleh dikatakan selamat. Namun R.O.I nya adalah rendah yakni anggaran sekitar 8% setahun. Jadi berbaloi lah wang anda selamat dan ada pertumbuhan.
Jadi jika anda ingin melabur wang anda di instrumen lain. Anda boleh lah mengambil purata ROI ASB sebagai penanda aras pelaburan anda.
Misalnya.. jika anda nak dapat 8% di ASB anda kena tunggu 1 tahun. Tapi kalau anda boleh mendapatkan 8% SEBULAN di pelaburan bursa SAHAM. Ianya sudah dianggap bagus!
Inilah yg anda perlu lihat jika anda ingin melabur. Jangan gelojoh mengejar harga nanti anda akan kecewa dipermainkan oleh pasaran.
Berhati2 dan jaga modal pelaburan anda. Apabila telah capai sasaran ROI maka anda jual dahulu (realize gain).. ingat di ASB anda kena tunggu setahun utk 8%..
Ok. Semoga perkongsian ini bermanfaat utk anda!
Salam kejayaan!
Khairulnawawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!