Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Jumaat, 31 Ogos 2018

Prosedur membida rumah lelong

assalamua'laikum dan salam sejahtera guys,

ok hari ni saya share dengan korang proses2 untuk mendapatkan hartanah lelong.. proses ni sy dapat dari website Auctiondata.. 

mudah aje.. korang baca dan fahamkan.. kemudian cuba untuk mendapatkan hartanah korang ya.. 

Tahun lepas saya ada beli rumah lelong.. dapat la harganya RM140k mcm tu.. dah siap repair dan reno nilai kininya menjangkau la RM280k gitu.. xla banyakkan buleh la gross ROInya 100%.. 

dari mana saya dapat info rumah2 lelong2 ni? ha mudah aje.. korang cari je di website pelelong atau web lelongtips atau web auctiondata ya..

pengalaman first time mmg nervous nak masuk bid ni.. korang jgn risau ia perkara biasa.. yg plg penting korang dah buat persediaan seperti carian hakmilik di pejabat tanah, anggaran kos nak repair, semakan anggaran Market Value hartanah.. utk semakan market value ni korang boleh la kaji sket di website yg menjual hartanah seperti mudah, propertyguru, iproperty, the edge property atau semak dengan penilai swasta atau perhatikan iklan2 yg ada disekitar kawasan yg korang nak beli tu..

kemudian korang jangan lupa pula buat semakan seperti tunggakan maintenance, cukai pintu, cukai tanah, so selamat mencuba memburu hartanah korang! call lawyer atau pelelong utk semak siapa yg akan tanggung segala tunggakan tersebut..

bila semua dah ready korang pergi la mendaftar masa hari lelongan hartanah, yg penting.. jaga emosi ya.. jangan bid terlebih pula.. ingat rumah banyak lagi.. bukan yg ni je.. dan matlamat korang apa.. klw beli utk jana keuntungan.. kira betul2.. 

tapi klw beli mmg sbb emosi.. contohnya sebab nk dekat dgn rumah keluarga ke.. atau faktor lain.. maka terpulang la pd korang ek.. tapi hati2 juga takut korang xdpt secure loan rumah pula nnti..

ok la.. sy ucapkan selamat mencuba memburu hartanah lelong korang..

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!