Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Selasa, 7 Ogos 2018

Syarat-syarat pindahmilik Rumah kos rendah di Selangor


LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS),  2018 

Syarat-syarat pindahmilik hartanah kos rendah di Selangor

Term and condition of Selangor Low cost property transfer



1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin di Negeri Selangor.
2. Tempoh pemilikan hartanah mestilah mencukupi 5 tahun daripada tarikh perjanjian jual beli / kontrak lelongan sebelum boleh dijual semula
(sub-sale).

3. Had jumlah pendapatan bakal pembeli atau isi rumah (suami dan isteri) di tetapkan berdasarkan julat harga pasaran hartanah seperti di jadual
di bawah :

Harga : RM 100,001.00 - RM 250,000.00 
Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan
RM7,000.00

Harga : RM 250,001.00 - RM 300,000.00
Had Pendapatan Isi Rumah dibenarkan
RM9,000.00

4. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) tidak memiliki sebarang rumah di Negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang.
5. Bakal pembeli atau pasangan (suami/isteri) hendaklah menetap atau bekerja dalam negeri Selangor atau dalam kawasan Lembah Klang.
6. Bagi kes-kes Pindah Milik kasih sayang/rela hati tanpa paksaan yang tiada hubungan kekeluargaan dan belian/pemilikan secara lelongan dari tarikh mementerai kontrak lelongan (Perisytiharan Jualan) masih tertakluk kepada syarat tempoh 5 tahun

Selain daripada kes di atas seperti pesaka dan perintah mahkamah tidak tertakluk kepada syarat-syarat kebenaran pindah milik. Walau bagaimanapun, penerima masih perlu berdaftar dengan LPHS mengikut prosedur permohonan kebenaran pindah milik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!