Kisah aku dan dunia Saham..

Bismillah aku mulakan sebagai pembuka bicara..

Aku terjebak dengan dunia saham ni kerana minat aku yg mendalam dengan dunia pelaburan..

Pelaburan ni pula aku mula kenal ketika aku belajar di UITM Seri Iskandar.. Lecturer aku tu namanya puan Thuraiya Mohd dia ajar kami asas2 pelaburan dan En riduan dia ajar kami asas pelaburan saham.. Ingat lagi dia bawa surat khabar tunjuk ttg saham.. Terima kasih puan dan tuan.. Halalkan ilmunya ya😊🙏

Sekitar 2007 tu masa aku Sambung belajar di Uitm Shah alam.. Ada 1 kawan ni dia mai sembang dengan aku.. Katanya kita kena buat pelaburan.. Sebabnya dengan melabur ni kita xpayah kerja keras.. Sampai satu masa kita akan dapat hasil pulangan.. Wal hasil dia ajak aku join pelaburan internet.. Konsep betul dah Tapi kami kena Scam huhu2.. Hangus duit aku.. Tapi aku redha dan Terima kasih jga sbb hikmahnya aku lebih faham lagi Konsep melabur..

Sejak dari kena tipu tu aku mula buat study ttg pelaburan.. Dan disebabkan aku belajar Hartanah.. Maka aku pun study la pelaburan Hartanah.. Konsep yg aku fikir masa tu mudah je.. Beli rumah.. Sewakan.. Dapat sewa bayar bank.. Cukup beberapa tahun harga rumah naik.. Kita jual..

Sebelum saham aku hanya kenal pelaburan Hartanah, Asb, emas.. Jadi journey aku dalma pelaburan berkisar pada instrument diatas sahaja.. Hingga lah sekitar tahun 2013 / 2014.. Aku berani kan diri pergi ke CIMB sekuriti di Bukit raja, klang utk buka akaun CDS..

Awal2 buka akaun tu aku masih Takut2 nak melabur saham.. Aku hanya perhati je dulu.. Aku baca2 ttg pelaburan saham.. Teknikal chart etc.. Xde la faham sangat.. Aku mula Beli sikit2.. 

Then, 1 May 2015 secara rasmi aku letak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.. Aku buat jualan Hartanah.. Alhamdulillah income jualan Hartanah 2015 - 2017 tu memberangsangkan.. Tambahan pula aku Ada wang dari Hartanah pelaburan yg aku lupuskan.. Jadi aku Ada cash extra utk melabur..


Lalu aku agak agresif melabur sekitar 2017 tu.. Masuk 2018.. Lepas PRU bursa agak kacau.. Aku banyak buat silap.. Aku trlalu agresif.. Aku geram.. Aku tewas aku nak balas dendam.. 9am market buka aku ngadap market.. Kadang kala sampai 5pm.. Malam pula aku ngadap global.. Tapi aku tewas juga lagi.. Hari ni aku untung.. Esok aku rugi.. Pusing2 aku mcm x kemana pun.. 

Hinggalah awal 2019 tu.. Aku dah penat.. Aku nekad tarik modal dari pasaran.. Aku loss xx,xxx juga.. Aku jual moto dapat dalam belasan RM.  Aku pump masuk global.. Pun hanyut.. Ibarat macam aku Ambil moto tu aku humban ke longkang.. Pedih betul rasa.. 



Last sekali aku nekad bulan 2 tu aku keluar market.. Aku Ambil masa berbulan2 muhasabah diri.. Aku tgk balik nota2.. Lepas PRU tu aku mmg xfokus jual Hartanah.. Aku frust juga beberapa proposal deal million dollar kena reject.. Sampai yg last tu aku Ada ready tenant nak sewa Tanah rm30k.. Tapi owner berkeras nak rm90k juga sewa.. Aku penat.. Sedih juga.. 


Boleh kata aku berada pada lowest point juga dalam hidup aku masa tu... Aku buat2 tenang.. Dalam masa yg sama aku berdoa kpd Allah utk beri aku 1 peluang utk berjaya..

Sekitar Jun 2019 tu aku dapat peluang mulakan bisnes perabot.. Aku laburkan modal awal dalam rm7k.. Kemudian bila aku konfiden.. Aku pump lagi lebih kurg RM20,000 utk pembelian stok... Alhamdulillah Allah bagi peluang.. Bisnes perabot berjalan baik..






Sekitar November 2019 tu aku mula masuk market balik.. Kali ni aku nekad utk lebih berdisplin.. Aku mula dengan beberapa ratus dengan platform rakuten trade. Aku xpakai margin etc.. Aku hanya guna cash yg aku Ada shj..


Ada lebihan wang aku masukkan sikit2 dalam akaun rakuten tu.. Cukup masa dan ada peluang baru aku proceed beli.. Aku pecah kan modal ke beberapa kaunter dan aku reservekan sikit dlm bentuk cash utk aku guna pick up mana2 kaunter yg jatuh.. Aku juga memfokuskan kepada saham yg mempunyai fundamental yg baik.. 


Alhamdulillah method kali ni aku lebih selesa dan tenang serta berhasil.. Daripada portfolio ratus2 aku top up modal + untung utk besarkan portfolio saham..



Sekarang aku masih membina portfolio aku..

Insyaallah aku nak tengok portfolio aku cecah RM1mill dalam 5 tahun ni..

So inilah kisah perjalanan pelaburan aku.. Semoga Ada manfaat kepada rakan2 semua..

Salam kejayaan!


DECIDE | COMMIT | SUCCEED

MKNK

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!

Catatan popular daripada blog ini

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH