Ya Allah bantulah kami dalam menghadapi ujian Mu..

Dugaan, cabaran sepanjang perjalanan.. ku pasrah.. ku akur.. Alhamdulillah syukur.. begitulah sebahagian dari bait2 lirik lagu Alhamdulillah oleh Too Phat..

Ketika ini di Malaysia, kita sedang menghadapi gelombang ke 3 wabak virus COVID19.. dimana sehingga semalam 20-10-2020 seramai 862 kes baharu jangkitan virus COVID19


ini amat membimbangkan kerana risiko kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semakin hampir pasti..

aku kini berada dalam kerisauan kerana, apabila PKPD ini semua pergerakan adalah dilarang.. kena 100% stay at home.. ini bermaksud perniagaan pun xdapat beroperasi melainkan perkhidmatan Essential / keperluan wajib..


Dalam situasi ini, jika kerajaan tidak memberikan bantuan kewangan termasuk moratorium pinjaman, kebanyakan SME bisnes tidak terkecuali kami di BMT Furniture akan menghadapi situasi sukar..
Gaji pekerja nak dibayar,
sewaan premis kilang pun kena bayar,
income xmasuk..
belum ditambah dengan lain-lain komitmen seperti ansuran rumah, ansuran kenderaan, belanja keluarga, belanja harian dan pelbagai lagi..


Kegiatan ekonomi akan lumpuh.. ramai orang akan dibuang kerja.. masalah jenayah mungkin akan naik kerana orang perlu survive apa sahaja untuk hidup..

Aku berdoa agar kerajaan tidak melaksanakan PKPD namun dalam masa yang sama kerajaan dapat mengawal penularan Covid 19 ini, serta aku berdoa agar Vaksin segera ditemui dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala

Marilah kita manadah tangan dan berdoa kepada Allah agar kita dapat mengelak dari terkena / menularkan lagi wabak COVID 19 ini.. #StayAtHome #KitaJagaKita
#Covid19
#Malaysia



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH