Bisnes Hartanah - Modal bukanlah masalah utama

 


Modal Bukan Segalanya dalam Bisnes Hartanah

Jangan terlalu risau tentang modal, kerana kejayaan dalam bisnes hartanah tidak hanya bergantung pada modal semata-mata. Apa yang lebih penting adalah usaha, kerajinan, ketabahan, kegigihan, serta diiringi doa dan tawakal.


Orang yang hanya menunggu modal sering kali tidak akan bergerak walaupun modal akhirnya tersedia. 


Kenapa? Sebab mereka mula dilanda ketakutan:

Takut tiada hasil.

Takut modal hangus.

Takut sukar mendapatkan kembali modal.


Hakikatnya, modal akan tetap akan habis jika digunakan untuk perkara lain. Jadi, kenapa tidak gunakan ia untuk pelaburan dalam bisnes hartanah yang berpotensi memberikan pulangan?


Mulakan dengan apa yang ada di tangan anda. Mulakan walaupun hanya dengan modal kecil. Ingat, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


Kepayahan dan kesakitan di awal perjalanan hanyalah sementara. Seperti mengayuh basikal, permulaannya memang berat. Tetapi apabila roda sudah berpusing dan momentum tercapai, kayuhan akan terasa lebih mudah. Ketika itu, tugas kita hanya mengawal agar tidak hilang arah atau berlaku kemalangan.


Yang penting, mulakan langkah pertama hari ini!


Start Small, Start Now‼️🔥🔥🔥


Mentaliti kita : Buat Tanpa Tapi, Buat Sampai Jadi, Buat Jer‼️🏅🔥🔥🔥


Khairulnawawi 

IQI Realty Sdn Bhd

0125414096

Daftar sebagai REN @ IQI : https://atlas.iqiglobal.com/#/register/ref=32af777e1f

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH