Interview oleh student UiTM

 


Baru2 ini saya telah ditemuramah oleh sekumpulan pelajar dari Fakulti Pengajian Harta Tanah, UiTM Shah Alam, untuk tugasan kursus Statutory Valuation (RES611). 


Tugasan mereka memfokuskan kepada praktik semasa lelongan hartanah di Malaysia, termasuk:


1️⃣ Trend Pasaran – pasaran Lelong

2️⃣ Kerangka Undang-Undang – syarat2 untuk menyertai lelongan hartanah.

3️⃣ Kerangka Peraturan – Undang-undang yang mengawal selia lelongan.

4️⃣ Prosedur Pasca-Lelongan – Kepentingan semakan dan proses.

5️⃣ Faktor Kejayaan Lelongan – Apa yang menyumbang kejayaan lelongan harta tanah

6️⃣ Kebaikan & Kekurangan – Pros dan cons membeli hartanah melalui lelongan.

7️⃣ Kesan Teknologi – Bagaimana teknologi mengubah cara lelongan dilakukan.



Saya sejujurnya berat juga untuk bersetuju ditemuramah kerana sedar akan ilmu dan pengalaman saya yang sangat sedikit dan tambahan saya tidak praktis lelong.


Namun kerana ingin membalas jasa dan budi para pensyarah serta UiTM dan juga rekemen dari kawan2 untuk mereka menemuramah saya, maka saya akhirnya setuju untuk membantu sekadar pengetahuan saya.


Untuk melengkapkan mereka saya telah memberi cadangan kepada mereka beberapa pelelong yang lebih senior dan sangat berpengalaman. 


Antaranya ex-boss saya Datuk Mariani dari Heritage Auction House dan lain2


Semoga temuramah ini dapat membantu mereka meningkatkan kefahaman mereka dan membantu menyumbang kepada kejayaan tugasan mereka. 


Terima kasih kerana sudi menemuramah saya!


Terima Kasih UiTM




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)