Kerjaya aku dalam Industri Hartanah 2007 - 2024 @ 17 Tahun ☺️
Salam, sedar x sedar aku sebenarnya telah berada dalam industri hartanah selama 17 tahun. Banyak pengalaman telah ditempuhi.
2007 - 2008 aku memulakan kerier aku dalam industri hartanah ni secara part time ejen.. bermula dengan sewaan dan kemudian jualan.. kemudian aku masuk industri lelong.. aku mula berkerja dengan Heritage Auction Auction House di Shah Alam.
2008 - 2015 xlama aku kerja dengan Heritage Auction House, aku dapat tawaran Jawatan Penolong Pegawai Penilaian W27 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia.
Selepas aku berjaya menamatkan Ijazah - Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, UiTM.. aku cuba memohon jawatan Pegawai Penilaian W41. Alhamdulillah interview kali ke 2 aku berjaya. Seterusnya aku diletakkan sebagai calon simpanan sementara menanti kekosongan jawatan.
Tunggu punya tunggu, akhirnya aku decide untuk melepaskan jawatan W27. Aku hantar notis 1 bulan.
Alhamdulillah 1-5-2015 hari pertama aku secara rasmi bukan lagi penjawat awam.
Seterusnya bulan Jun 2015, aku mula menyertai Reapfield Properties (S.J.) Sdn Bhd.
Niat asal dulu masa kerja di jabatan penilaian nak buat Registered Valuer so daftarlah sebagai Probationary Valuer @ PV. Jadi bila aku dah resigned dan aku decide untuk fokus pada perejenan hartanah, so aku melepaskan PV dan mendaftar sebagai Probationary Estate Agent (PEA) sahaja.
Beberapa bulan selepas aku resign perkhidmatan kerajaan, aku dapat surat tawaran lantikan Pegawai Penilaian W41 dan perlu melaporkan diri di Pejabat JPPH Kuantan.
Disebabkan aku telah membuat keputusan @ Decide makanya aku tekad untuk tidak menerima jawatan tersebut dan memberikan peluang kepada orang lain.
Seterusnya 2017, dengan kelayakan akademik dan tempoh pengalaman yang mencukupi aku mendaftar sebagai Member of Royal Institution of Surveyors Malaysia dan seterusnya berjaya konvo Diploma.
Tahun 2017 juga merupakan tahun yang baik dimana aku berjaya lulus interview sebagai seorang Pelelong berlesen buat kali ke 2.
Perjalanan kerier aku diteruskan sehinggalah era dimana kerajaan bertukar dan memasuki era pandemik covid. Situasi agak mencabar terutama era pasca pandemik.
Aku mendapat panggilan interview dari Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta sekitar bulan 3,2020.. pada interview kali pertama ini dari 2 Task dan 4 area yang ditemuduga, Alhamdulillah aku berjaya Lulus Task 1 - Estate Agency Process dan 2 Area iaitu Topical Matters dan Estate Agent Act, Rules & Standards.
Kerana cabaran kewangan pasca pandemik covid, aku hilang fokus seketila.. tekanan sangat kuat juga ketika ini. Aku seolah2 hilang arah.
Namun Alhamdulillah sekitar bulan 8 2022 aku kembali semula dengan menyertai IQI Realty Sdn Bhd. Terima kasih aku nak ucap kepada kawan2 terutama sahabat Mukaram, Erman Taib, Afiq Faisal yang berkongsi tentang peluang di IQI.
2023 aku meneruskan usaha memperbaiki dan menstabilkan kewangan. Aku pulun buat jualan hartanah. Dan Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan.
Memasuki tahun 2024 aku all out sale dan dalam masa sama aku menyambung semula tugasan untuk memperbaiki Task 2 dan nekad untuk hantar sebelum penghujung tahun.
Sekitar bulan 8 aku berjaya menyiapkan dan terus submit ke board pada bulan 9. Seterusnya aku mendapat surat panggilan bagi sesi interview kali ke 2 pada bulan 11.
Penghujung bulan 11 aku dapat panggilan dari En Wan Board.. Alhamdulillah result rasmi dari Board.. aku berjaya.
Kini aku sedang menyiapkan dokumentasi bagi pendaftaran sebagai Ejen Hartanah Berdaftar di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta.
Nombor lesen akan keluar selepas semua dokumen disahkan dan Board meluluskan. Insyaallah next year Konvo. Yaahoo..
Untuk tahun 2024 ini xde apa lagi yang aku nak katakan melainkan Alhamdulillah dan kesyukuran yang teramat sangat atas segala nikmat yang Allah beri serta permudahkan.
Alhamdulillah syukur dan terima kasih semua yang membantu, menyokong dan memberikan semangat serta panduan disepanjang karier aku.
Terima kasih semua 😁🙏🏻
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!