Kronologi menjadi seorang Ejen Hartanah dan Done Deal, IQI Contract - Signed ‼️🔥🔥🔥


Salam geng.. Alhamdulillah menutup tahun 2024 dengan cemerlang, aku telah menandatangi kontrak sebagai Ejen Hartanah @ Prinsipal di IQI Realty Sdn Bhd.

Maka bermula Januari 2025 aku secara rasminya adalah salah seorang Prinsipal di IQI Realty Sdn Bhd. 

Alhamdulillah syukur Allah mempermudahkan segala urusan.

Khairulnawawi real estate


Kronologi perjalanan dalam industri hartanah : 

2003 - Diploma Pengurusan Hartanah, UiTM

2006 - Sarjana Muda Pengurusan Hartanah, UiTM

2008 - Lapor diri bertugas di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta @ JPPH, Kem. Kewangan. 

          - Daftar Penilai Percubaan @ Probationary Valuer (PV)

2015 - Melepaskan jawatan dari perkhidmatan kerajaan

          - Sertai Reapfield Properties dan tukar daftar kepada Ejen Hartanah Percubaan @ Probationary Estate Agent (PEA)

2017 - Diploma RISM

2020 - Kali pertama dipanggil untuk interview TPC. Alhamdulillah berjaya lulus Task 1 Agency Process dan 2 area - Topical matters, Estate Agent Act rules & standards.. 


namun terkandas untuk Task 2 Marketing Proposal dan 2 area lagi iaitu Property Law & Property Taxation dan Estate Agency Principles & Techniques.

.

.


Era pandemik covid memang banyak dugaan dan cabaran. Alhamdulillah 2022 comeback semula dengan sertai IQI Realty Sdn Bhd.

setahun 2023, ambil sedikit masa untuk kelancaran bisnes hartanah sebelum aku menyambung semula perjalanan bermula awal 2024 untuk memperbaiki task dan meneruskan misi mendapatkan lesen ejen hartanah. 

Alhamdulillah berkat sokongan wife Mia Rania Keisha umie ayah, mak dan ayah mertua serta ahli keluarga dan dorongan inspirasi serta tunjuk ajar kawan2 Al Hafiz Nik Azwan Yanie IRealty Hamdan Hussin Muhazrol Muhamad Muhd Ilyas Rais Yj Amri Najmin Rumah Zimir Erman Taib Tn Hj Ishak Ismail, x supervisor Mr Chee, bos2 dan kawan2 di JPPH, Board LPPEH, guru2 serta pensyarah di UiTM dan ramai lagi kawan2 yang saya amat berterima kasih dan mendoakan semoga Allah membalas jasa dan memberikan ganjaran pahala dan kebaikan dunia akhirat.

Alhamdulillah dan Terima kasih Semua 🤓🙏🏻🔥🔥🔥‼️

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH