IQI Prestige Award 2025 : Terima kasih semua

IQI Prestige Award 2025 : Alhamdulillah & Syukur yang tak terhingga 🥹🤲🏻




Hari ini saya ingin kongsikan satu pencapaian yang sangat bermakna buat diri saya – Million Dollar Award – Secondary Market (Platinum Achievers) bagi tahun 2024 daripada IQI Realty! ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️



Anugerah ini bukan sekadar pengiktirafan, tapi simbol kepada perjalanan penuh cabaran, usaha keras, doa yang tak pernah putus dan paling penting – sokongan dari ramai insan hebat di sekeliling saya.


Pertama sekali, terima kasih yang tak terhingga buat isteri tercinta Puan Azza ❤️ – yang sentiasa ada sebagai tulang belakang, memberi semangat, memahami dan tak pernah jemu menyokong dari awal sampai sekarang.


Untuk keluarga tercinta, sahabat-sahabat warga IQI Kenzo Group, IQI IRealty Group & IQI Global – terima kasih atas dorongan, tunjuk ajar dan semangat yang tak pernah padam. Kalian semua sebahagian daripada kejayaan ini.





Buat semua client saya yang awesome
– yang beri kepercayaan kepada saya untuk bantu dalam urusan jual beli hartanah anda, saya sangat hargai setiap satu daripada anda.




Tak lupa juga buat mentor, sifu dan partner-partner COA yang tak pernah lokek berkongsi knowledge, listing dan usaha.. last but not least penghargaan buat back end support team peguam, banker & mortgage, penilai hartanah, konsultan etc – terima kasih kerana sentiasa support dan bersama dalam team work yang hebat ni!




Semoga Allah terus murahkan rezeki, berkati setiap langkah & permudahkan urusan kita semua. Aamiin.

Sedikit pantun santai untuk anda semua:

Usaha keras siang dan malam,
Tak kenal erti putus harapan,
Akhirnya kini terasa dalam,
Syukur, pencapaian jadi kenyataan.

Jika rezeki lambat datang,
Jangan cepat berasa risau,
Allah atur cantik dan tenang,
Cuma masa belum sampai ke kau.

Bekerja ikhlas niatkan lillah,
Kejayaan bukanlah mimpi semata,
Jatuh bangun tetap tabah,
Itulah kisah setiap juara.

Langkah ke depan jangan berpatah,
Teruskan usaha, teruskan sedekah,
Dengan doa, ilmu dan ibadah,
InsyaAllah rezeki datang melimpah.



Rezeki takkan pernah salah alamat. Teruskan usaha, jaga niat, dan percaya dengan proses. Kita semua ada ‘masa’ masing-masing – yang penting, jangan berhenti.


Akhirnya, Buat Tanpa Tapi, Buat Sampai Jadi, Buat Je 🔥🔥🔥

Terima kasih semua sekali lagi – let’s aim higher & do better, always!

Sr Khairulnawawi, MRISM
Principal | Reg. Estate Agent E3145
IQI Realty Sdn Bhd
Ordinary Member of MIEA
Licensed Auctioneer - Selangor

#IQIprestigeAward
#MillionDollarAward
#PlatinumAchiever2025
#KhairulnawawiProperty
#IREALTYGroup
#IQIRealty
#Alhamdulillah
#RezekiAllah
#JanganBerhentiUsaha
#TeamworkMakesTheDreamWork
#MIEA
#EstateAgent















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)