Konvokesyen & Makan Malam Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPEPH) ke 27, 2025

Konvokesyen & Makan Malam Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPEPH) 2025

📍 The Majestic Hotel Kuala Lumpur

Alhamdulillah, selesai sudah detik bersejarah hari ini.

Satu perjalanan yang bermula sejak mula melangkah kaki masuk ke UiTM pada tahun 2003 bagi kursus Diploma Pengurusan Hartanah, akhirnya terhimpun dalam sebuah pencapaian bermakna, sebagai Ejen Harta Tanah berdaftar @ Registered Estate Agent.

Daripada seorang mahasiswa UiTM, probationary valuer, probationary estate agent… daripada seorang kakitangan kerajaan di sektor awam kepada sektor swasta.. hari ini saya berdiri di pentas ini dengan penuh rasa syukur.

✨ Terima kasih buat isteri tercinta & seluruh ahli keluarga yang sentiasa mendoakan, menjadi kekuatan dan inspirasi. 
Penghargaan khas juga khususnya buat bonda tercinta Allahyarhamah Siti Noor Aisiah Bt Hj Johar yang mendidik saya dan menjadi titik tolak mendorong saya menyambung pengajian awal diploma di UiTM. Semoga Allah merahmati dan mengampuni segala dosa Allahyarhamah. Amin

✨ Buat para pensyarah UiTM, Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta (JPPH), Reapfield
IQI Realty, guru, sifu, mentor, rakan seperjuangan serta semua yang pernah membantu & mengajar, jasa anda tidak akan saya lupakan.

✨ Buat rakan-rakan seperjuangan yang turut sama diraikan hari ini, tahniah dan semoga kita semua terus maju ke hadapan bersama-sama dalam industri ini.
Hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan baru untuk memberi lebih nilai dalam industri hartanah, membina legasi, dan berkongsi ilmu dengan generasi seterusnya.
Alhamdulillah atas setiap perjalanan, ujian, dan kejayaan ini.
InsyaAllah, kita terus melangkah dengan semangat yang lebih besar.

Terima kasih semua, semoga Allah membalas jasa semua anda yang bersama saya dalam perjalanan ini.

Sr Khairulnawawi 
Prinsipal | Reg. Estate Agent
IQI Realty Sdn Bhd

#ConvocationLPEPH #RegisteredEstateAgent #MajesticHotelKL #PropertyBusiness #RealEstate





























,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)

Apakah Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP)