Sambutan Merdeka ke-68, 2025 - Simpan sini buat kenangan

 🇲🇾 Kenapa aku sanggup bersusah payah bawa anak-anak turun sambut Merdeka di Putrajaya?

Kerana Merdeka bukan sekadar cuti umum. Ia adalah pengalaman hidup yang membentuk siapa kita sebagai rakyat Malaysia.

Aku mahu anak-anak rasa sendiri:

 • Semangat patriotisma sayang dan cintakan negara

 • Pengalaman baru melihat perarakan, mendengar sorakan rakyat, dan melihat Jalur Gemilang berkibar megah.

 • Kenangan sekeluarga yang akan kekal sampai bila-bila, lebih bermakna dari sekadar jalan-jalan di pusat beli-belah.

 • Buka minda & perspektif baru – melihat bagaimana rakyat dari pelbagai bangsa dan latar belakang boleh duduk bersama dalam suasana aman.

 • Nikmat keamanan – sesuatu yang kita kadang-kadang lupa, tetapi bila berada dalam lautan manusia yang harmoni, kita akan lebih menghargainya.

 • Merasai perkhidmatan awam seperti bot/cruise di Tasik Putrajaya dan melihat pertunjukan aset2 ketenteraan, kejayaan syarikat Malaysia etc – supaya anak-anak tahu, negara kita ada fasiliti dan pencapaian hebat yang membanggakan.

Merdeka 🇲🇾❤️



















































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

Lelaki Ini Dedahkan Tips Pinjaman Rumah Bernilai RM500k Dengan Komitmen Bulanan RM500 Sahaja

Apa tu NILAI PASARAN HARTANAH (PROPERTY MARKET VALUE)