Alhamdulillah 5 Oktober 2026 - Birthday ku yang ke 41Tahun
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini, 5 Oktober 2026, genaplah usia aku 41 tahun.
Bismillah.. ALLAH humma sollia’la Sayyidina Muhammad..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Hari ini, 5 Oktober, genaplah usia aku 41 tahun.
Benarlah… ujian getir ketika memasuki fasa penghujung 30-an itu sangat pedih dan mencabar. Ada ketika terasa seperti sudah tidak menang tangan, senak dan mengah menghadapi satu demi satu ujian.
Seolah-olah kita berada di titik paling rendah dalam satu fasa kehidupan.
Namun, Alhamdulillah…
Benarlah… ujian getir ketika memasuki fasa penghujung 30-an itu sangat pedih dan mencabar. Ada ketika terasa seperti sudah tidak menang tangan, senak dan mengah menghadapi satu demi satu ujian.
Seolah-olah kita berada di titik paling rendah dalam satu fasa kehidupan.
Namun, Alhamdulillah…
Dalam gelora itu, janji Allah SWT dalam Surah Al-Insyirah sentiasa menjadi sumber kekuatan:
“Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
Dua kali Allah ulang ayat ini. Ia satu penegasan bantuan Allah pasti tiba.
Ia mengajar aku bahawa setiap kesusahan pasti ada jalan keluar, setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap kesempitan pasti ada ruang untuk kembali bernafas.
Pada ulang tahun kelahiran aku hari ini, 5 Oktober, pertamanya marilah kita menghadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan keampunan buat arwah Umie aku..
Semoga Allah mengampunkan segala dosa beliau, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah Umie bersama para solehin.
Beliau adalah insan yang terlalu banyak jasanya dalam membentuk diri ini.
Kadang-kadang terasa seperti baru semalam peristiwa itu berlaku — saat beliau menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan kami pada 10/2003, ketika usianya 40 tahun.
Semakin meningkat usia, semakin aku memahami pengorbanan, kasih sayang dan besarnya jasa seorang ibu.
Al-Fatihah buat Umie. Semoga kita dipertemukan kembali di syurga Allah SWT.
.
.
Seterusnya buat adinda isteri tersayang…
Terima kasih kerana sentiasa ada, menjaga diri ini dan menemani setiap langkah perjalanan hidup.. dalam susah dan senang, jatuh dan bangun.
Di sebalik setiap pencapaian hari ini, ada pengorbananmu yang mungkin tidak selalu terlihat dan tidak selalu sempat aku ucapkan.
Terima kasih kerana tetap di sisi, tetap sabar dan tetap percaya.
Semoga Allah terus memelihara rumah tangga kita, mengurniakan kebahagiaan, keberkatan dan kekuatan untuk kita terus melangkah bersama hingga ke Jannah-Nya.
Terima kasih isteri Untuk segala-galanya. ❤️
.
.
Dan akhirnya buat semua sahabat, rakan-rakan, keluarga serta kenalan yang mengirimkan ucapan dan doa sempena hari kelahiran aku.. terima kasih yang tidak terhingga.
Semoga setiap doa dan ucapan yang kalian titipkan, Allah SWT makbulkan dan kembalikan juga segala kebaikannya kepada kalian.
Moga Allah permudahkan segala urusan kita, melimpahkan rezeki yang halal dan luas, mengalir tanpa putus seperti air zamzam, dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan hati, keberkatan dalam kehidupan, kejayaan di dunia serta kejayaan yang besar di negeri akhirat.
Semoga baki usia ini menjadi usia yang lebih dekat dengan Allah, lebih bermanfaat kepada keluarga dan orang sekeliling, serta lebih banyak memberi daripada menerima.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲🏻
41 tahun.. Alhamdulillah untuk segala yang telah berlalu, dan Bismillah untuk segala yang bakal ditempuhi.
Amin.

Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!